Halaman

Rabu, 23 Disember 2015

TERANGKAT


Aku ke rumah besanku tadi malam. Dia baru saja menerima cucu baru - lelaki... pelengkap kepada 4 cucu perempuannya yang sedia ada.

Aku hampir terkeluar pertanyaan, mana pergi suaminya sebab tak pun kelihatan sejak tadi sedangkan hakikatnya dah sebulan meninggal dunia.

Bagi aku, kedua besanku ini baik orangnya. Selalu senyum menyambut kami datang. Ada saja juadah yang dihidang.

Yang sempoi, besanku ini pandai membuat sambal belacan. Ini dipuji sendiri oleh suaminya dan diperakui pula oleh ibu_suri.

Tadi malam, kami dijamu dengan nasi tomato. Antara gadget yang paling sedap ialah sambal tomato.

Kiranya, kalau aku boleh ceduk sambal 2 kali masuk ke pinggan dan tambah nasi maknanya... memang terangkat la beb!

Bagi aku, pandai dan rajin memasak adalah antara resipi terbaik sesaorang isteri dalam memenangi hati keluarga.

11 ulasan:

Bunda_nora berkata...

Itulah kan orang kata, ramai yang pandai buat sambal belacan, tapi ikut air tangan seseorsng tu jugaklah nak sedap ke tak...

mokjadeandell berkata...

Saya pun kalau tak ada sambal belacan tak boleh laju menelan.

Etuza Etuza berkata...

banyak khasiat tomato ni IM..saya memnag suka makan, walau ada kala rasa asam hehehe

hrusli61 berkata...

Ibu Suri pun apa kurangnya memang handal memasak ketika beliau sihat dahulu.

aizamia3 berkata...

saya pulak en. hb yang pandai masak.. ;)
saya pandai makan.. ;)

Kayu Manis berkata...

sambal tomato jarang jumpa yg sedapp..
jarang makan org masak..asyik sendiri jer yg masak...pergi rmh org pun ..pakat2 minta kita masak...apa nak buat masak jerlah..

Tanpa Nama berkata...

Rasanya pandai dan rajin memasak itu bukan resepi tunggal untuk memenangi hati keluarga. :)

Kakzakie Purvit berkata...

Kakak inagatkan teman blogger baru masuk blog kakak tadi tapi tengok gambar IM dgn ibu_suri. Bila klik tahu IM renovate rumah ye - cantik/simple/menarik.

Sambal belacan tomato alahai sedapnya.. kakak pun suka tu IM.

insan marhaen berkata...

tanpa nama,
memang betul... pandai dan rajin bukan satu-satunya resipi kebahagiaan keluarga. paling utama ialah saling memahami, cekal hadapi dugaan dan saling bertolak ansur. itu juga kunci rumahtangga saya kekal hingga ke hari ini.

iryanty ahamad berkata...

wah ni betul2 terangkat ni im...:-))

kakyon berkata...

tomato banyak khasiatnya..tapi orang gaut tak boleh mkn banyak..