Rabu, 16 Disember 2015

Ubat Pahit


Beberapa hari ini ibu_suri kerap bercakap tentang rindunya pada Akhmal. Merengek mendesak aku supaya menziarahinya.

"Kalau pi pun, bukannya you yang turun pi tengok dia. Abang jer... "

Ntah kenapa, belum ada hati nak melihat dia buat beberapa hari ini. Kesayuan bila melihatkan wajahnya yang berambut pendek dan berpakaian ungu membuatkan hati aku menjadi berat. Seperti tandus kata-kata nak berbual tentang apa. 

Sesekali... kekerapan ulangalik ke bilik tirai besi ini terasa umpama menelan ubat yang pahit; terpaksa... demi kesembuhan.

8 ulasan:

hrusli61 berkata...

Namun IM ianya menjadi tanggung-jawab jika menziarahi Akmal mendatang hasil yang positif pergilah.

iryantyismail berkata...

kesian ibu suri..kerinduan seorang ibu....

moga akhmal insaf kali ini...dan tahu menghargai im n ibu suri

Kakcik Seroja berkata...

Berdoa terus agar segalanya akan berubah kepada lebih baik...

Kakcik Seroja berkata...

Berdoa terus agar segalanya akan berubah kepada lebih baik...

Etuza berkata...

Asalam IM tunaikan hajatnya ya..sebeb jika tak Im akan kesal..lebih baik pergi ja kan..inshaAllah dapat sesuatu yang Allah beri..pasti bagi yang terbaik

saniahibrahim berkata...

Mudah2an terubat rindu ibu suri wlpun takdapat menatap wajah anaknya.
Moga juga dgn kunjungan IM dpt memberi keinsafan pd Akhmal.

saniahibrahim berkata...

Mudah2an terubat rindu ibu suri wlpun takdapat menatap wajah anaknya.
Moga juga dgn kunjungan IM dpt memberi keinsafan pd Akhmal.

Murni Alysa berkata...

semoga akhmal btul2 insaf kali ini..Aamiiin!