Ahad, 28 Februari 2016

Mereka Yang Ikhlas


Alhamdulillah kerana hari ini aku dapat bersama di dalam Mesyuarat Agong Masjid Saidina  Abu Bakar As Siddiq ( juga dikenali sebagai Masjid Taman Guar Perahu ).

Walaupun aku tak layak sebagai perwakilan tetapi menjadi petugas sebagai pembantu juruvideo sudah mencukupi.

Walaupun tak banyak sangat yang aku perbuat tetapi dapat berinteraksi dengan jamaah masjid sudah cukup memuaskan hariku. 

Aku berasa amat janggal sebenarnya sebab tidak kenal sangat dengan mereka walaupun selalu berjumpa tapi aku redah jer...

Mesyuarat berjalan dengan lancar. AJK masjid memang well prepared dengan jawapan terperinci untuk setiap soalan yang dilontarkan.

"Itulah buktinya ajk masjid kita melaksanakan tanggungjawap dengan amanah dan jujur. Tak perlu gentar, berselindung atau tergagap bila nak menjawap apa saja yang ditanya..." terangku pada ibu_suri.

Kebanyakan ajk lama dilantik semula. Itu bukti perwakilan puas hati dengan hasil kerja mereka yang telah lepas.

Aku berasa gembira kerana dapat menjadi sebahagian kecil dari mereka yang ikhlas memikul tanggungjawap!

6 ulasan:

iryantyismail berkata...

syukur Alhamdulillah

Bunda_nora berkata...

Alhamdulillah...

JR berkata...

Alhamdulillah...
Kampung kelahiran saya di Tasek Gelugor cuma kira-kira 4 km dari Guar Perahu....

Hsna Rahman berkata...

alhamdulillah.. moga kita sama-sama mampu jadikan dunia jambatan akhirat..

makchaq berkata...

Dapat aktif dalam aktiviti kemasyarakatan ni seronok jugak.. baik masjid, jiranwanita, ngo atau apa saja. Tapi ada kala kekangan masa/keluarga x membolehkan kita nak aktif sangat.

Bearcat berkata...

Arwah ayah dulu pun jemaah di surau ini. Terkenang...