Isnin, 7 Mac 2016

Harta Karun

2~3 hari ini aku asyik mengemas rumah. Semasa anak masih ada kesemuanya, rumah ini seperti sempit. Sekarang, bila mereka pun 'menghilang' terasa rumah ini terlalu luas dan letih menguruskannya.

Segala 'harta karun' yang terkumpul 20 tahun lebih; aku ambil keputusan untuk buang sahaja. Kalaulah aku ini peniaga di Rope Walk, tentu semua ini boleh aku jual semula dari membazir.

Esok aku akan tumpu ke bilik Akhmal. Bilik yang sesekali aku rasa persis berada di dalam gua di Gunung Mat Sirat, akan aku punggah dan kitar selagi boleh. Tilam dan bantalnya aku buang kerana dah berbau. Beli sahaja yang baru tapi murah murah sahaja.

Lusa dia akan balik dan bilik ini akan dihuninya semula.

"Pesan kat dia, jangan bawak kawan masuk bilik dah," ujar ibu_suri.

Aku diam sahaja. Ada banyak perkara bersimpang-siur di dalam serebrum ini tapi 10% sahaja yag boleh dikongsi. Selebihnya, biarlah masa yang memberitahu.

Dan berdoa setiap kali berjalan, memandu hatta tika sembahyang!

4 ulasan:

hrusli61 berkata...

Saya ada 1 katil single, 2 tilam single tebal dan 2 tilam single nipis (sponge type). Semua ini nak diberi kepada yang sudi. Setiap bilik di rumah kami sekarang sudah ditukar kepada double bed. Muduh esok-esok bila anak-anak sudah berumah-tangga. Jika sudi PM saya.

Saranan saya untuk Akhmal cuba lebihkan rapat dengan dia. Jadikan diri kita mampu mengisi ruang-ruang yang kosong itu. Ujud kan sbeberapa hobi atau aktiviti bersama.

makchaq berkata...

Bila dah bertahun-tahun dok setempat memang banyak barang terkumpui... yang tak pakai lagi banyak dari yang pakai..


Harap2 lepas ni Akhmal berubah... dah besaq ni kita pun susah nak kawai..tapi harap2 la ni IM sentiasa di rumah senang sikit la nak pantau dia.

Kawan2 sure cari punya.. dia punca pendapatan depa...
kat dalam sana pun dengaqnya ada pembekai jugak... warden pun ada yang bersubahat..

Nor Azimah Ali berkata...

Singgah baca.

Nor Azimah Ali berkata...

Singgah baca.