Halaman

Sabtu, 30 April 2016

Istinja

Masuk sahaja dalam kereta usai solat Jumaat siang tadi, aku perasan talipon berdering. 

"Ayah... ibu berak berterabur kat dapur. Ibu tunggu ayah balik. Ada kat tandas!"

"Owh... ok. Ayah balik..."

Niat aku nak singgah makan di Kubang Semang, aku batalkan saja.

Semasa memandu, aku setkan ke dalam minda yang aku perlu cool sahaja. Tak perlu hingar bingar atau serabut.

Pertama yang aku perlu selesaikan ialah ibu_suri. Selesai istinja, aku suruh ibu_suri mandi sahaja. Selesai mandi, lapkan badan dan carikan baju, baru aku tumpu kepada karpet dan lantai dapur. 

Tuala lapik kaki di tepi singki dan di pintu bilik mandi terpaksa aku basuh dengan mesin 2 kali.

Berpeluh-peluh dan tercungap-cungap juga.

Dalam hati aku berbisik... memang tidak ada siapa yang boleh berbuat kerja begini melainkan suami untuk isteri atau isteri untuk suami.

Balik dari keluar makan malam pula tadi, tak sempat tiba ke tandas dah terkucil di lantai pintu masuk rumah.

Aku cuma geleng kepala dan tarik nafas panjang. Bukan sekali, malah berkali-kali. 

8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Salam
Pakai la lamp in dewasa atau yg tuala serap air kncing untuk orang dewasa.

Tanpa Nama berkata...

Lagi Satu ...Kena kawan air minum ..jangan teruk minum... tapi tegur sedikit sedikit. Memang haus tapi at the rate keadaan ibu nya sedemikian.maka perlu dicontrol air ..beritau air kosong dari air kopi teh
Ajar at buat exercise kemut.supaya control air kncing.
Juga kurang kan makan Dan Kena control berat badan. Lagi berat badan lagi susah nak control bowel and bladder.

Nor Azimah berkata...

Ya, pakai la pampers, lebih mudah

Nor Azimah berkata...

Ya, pakai la pampers, lebih mudah

insan marhaen berkata...

terima kasih atas pandangan.

lampin lupus tak praktikal untuk ibu_suri yang terlalu obes.

lagipun saya percaya, belum ada saiz lampin yang dijual sesuai dengan ibu_suri.

kalau ada pun... kos jadi terlalu tinggi agaknya kalau buang air besar 3x sehari...

SmBotak berkata...

nak merakamkan rasa kagum yang tinggi pada abang IM. memang hampir semua lelaki bila bernikah pasti berjanji akan menjaga isteri (dan keluarga) sebaik mungkin, tapi terasa macam mustahil nak bertahan macam apa yang abang IM dah buat. sedangkan anak kecil buang air yang baunya cuma masam pun kita dah marah.

harap saya dan yang lain dapat kekuatan yang sama macam abang IM. kesabaran yang bukan boleh dinilai di dunia.

:-)

fazilah berkata...

Tuan insan yg dipilih...tindakan tuan dpt menenangkan ibu suri..

hrusli61 berkata...

Jangan guna carpet di rumah untuk memudahkan mencuci.