Rabu, 23 September 2020

Masuk Wad 10

 Bila dia mula batuk tidak berhenti hingga ganggubtidur malam, aku tahu dah bahawa sampai masa aku rujuk dia ke wad kecemasan Hospital Bukit Mertajam.  Berselerak lena tidurku semalam melayan ragam' minta di uruts ana sini dan minta disapu minyak cap kapak merata hidung dan badan.

Atas nasihat kawan aku dail 999 yangmana sampailah ambulan pada lebih kurang jam 12.00 tengahari.

First time pengalaman memanggil ambulan dan melihat lampu beacon lip lap depan rumah.

Berkali kali beritahu staf ambulan bahawa istriku berat badannya 140kg, ada masaalah halusinasi dan pehanya sakit. 

'Takpa. Takpa. Nanti kami buat'.

Memang cepat kerja mereka. Raung ibu_suri menahan sakit tak sikit pun membantutkan kerja mereka.

Mereka ambil kain putih, alaskan ke bawah pembaringan ibu_suri.

'Abang pegang sini. Encik pegang sini.'

'Satu...dua...tiga, angkatt!'

Siap dah ibu_suri terbaring di katil. Lalu katil beroda ambulan di sorong ke belakang ambulan, angkat dan tolak masuk.

Mudah sahaja rupanya.

Selut aku dengan kerja mereka. Meluncurlah ambulan itu keluar dari taman rumahku menuju hospital... Wad kecemasan.

4 jam aku menunggu, berlegar di kerusi menunggu. Mengantuk, letih, jemu. Akhirnya doktor mengarahkan ibu_suri dipindahkan ke wad 10...tepat seperti yang aku duga.

Nasib baikbibu_suri tidak bantah nasihat aku supaya di mahu diwadkan. Kalau tidak, seperti sebelum ini, aku terpaksa bawa dia balij selepas tandatangan surat pelepasan atas risiko sendiri.

Ceritanya ibu_suri hari ini...




6 ulasan:

Syazni Rahim berkata...

Tabahlah abang..alhamdulillah ibu suri dah settle di kecemasan, semoga lekas2 discaj

Unknown berkata...

diaorang memang ada kemahiran alihkan pesakit dari katil..Sebab tu pantas kerja diaorang.

Semoga ibu suri cepat sembuh..

Suria Amanda berkata...

Ibu suri semeangnya berada di hospital, senang untuk dipantau..insyaaallah Doc dan nurse jaga dia...SA doakan Ibu Suri lekas sembuh

Kamsiah yusoff berkata...

semoga keadaan ibu suri semakin baik

SukaniMusik berkata...

Pak Cik IM juga tetap selalu jaga kesihatan, dan ibu suri semakin baik.

aamiin..

Shida Radzuan berkata...

semoga ibu suri segera sembuh..boleh pulang rumah dgn senyuman.