Ahad, 27 September 2020

Ada Seringgit, Pak Cik?

 


Ada seringgit tak, pakcik? 

.

Aku pun menghulurkan seringgit. Dah kenal sangat gadis ni. Wajahnya boleh dikatakan cantik juga. Cuma aku perasan, kulit dia gelap sedikit berbanding dulu.

.

Dulu dia pernah minta belanja makan. Aku biarkan saja dia ambil apa sahaja lauk yang dia hendak. Tak banyak manapun.

.

Dia duduk di sana. Order makan. Tak sampai 7 minit, dia bangun beredar ke meja sebelah dan menghulur tangan...

.

Ada seringgit tak, pak cik?

.

Kemudian aku nampak dia masukkan not biru itu ke dalam tas tangan berwarna merah yang nampak masih baharu dan cantik designnya.

.

Dan dia maju ke singki, membasuh tangan dan berlalu pergi.

.

Dia pernah bagitau aku bahawa bapanya bekerja di bangunan summit seberang jalan ini.

.

Entahlah!... Aku cuba memahami dia sebagaimana aku memahami istriku. Takdir Tuhan ke atas mereka mungkin sama cuma perjalanannya berbeza.

.

Muga Allah pelihara dia dari kekejaman manusia...

8 ulasan:

Syazni Rahim berkata...

saya pula doakan pakcik dilimpahi rezeki berganda2

Warisan Petani berkata...

Semoga murah rezekinya dengan bersedekah

Amie berkata...

Doa untuk kedua-duanya, penulis dilimpahi rezeki dan gadis itu terlindung dari kejahatan dunia.

Unknown berkata...

Semoga murah rezeki siapa2 yang membantu gadis nih..

Suria Amanda berkata...

Semoga IM dilimpahi rezeki yang mencurah- curah...

Kamsiah yusoff berkata...

suami saya cerita dia pernah diminta rm1 oleh 3 org kanak2 yg kelihatan comot...
suami tanya nak buat apa rm1
depa cakap nak beli nasi..lapar
suami hulurkan rm10...

SalbiahM berkata...

Kita masing2 diuji Tuhan dengan cara berbeza. Semoga murah rezeki pakcik IM

Shida Radzuan berkata...

baik hati pakcik im :)