Jumaat, 18 September 2020

Halusinasi

Dalam minggu ini halusinasi ibu_suri makin menjadi jadi nampaknya. Sering bercakap cakap dengan dinding seolah olah ramai orang di sana. Adakalanya sedang makan, adakalanya berada dalam kereta, beritahunya.

Sehari dua ini pula sebaliknya dia bertukar menjadi rasa takut.

Semalam, sebaik sahaja aku balik dari kerja dan seperti selalu masuk ke bilik dahulu melihat keadaan dia sebelum ke dapur menyediakan makan.

Dia bertanya:

'Siapa perempuan yang datang tadi pagi dengan anak dia?'

'Ah... Takpa. Dia datang nak ziarah Eda kot.'

Dan aku terus mematikan cerita itu...

'Nak makan?' Sambil aku menunjuk bungkusan makanan yang aku beli.

Aku pun terus ke dapur dan menyuap nasi bersayurkan tumis terung serta udang masak sambal.

Itupun dia cuma makan sedikit sahaja. Tak sedap, katanya.

Memang selera ibu_suri juga semakin menurun sejak akhir akhir ini...

5 ulasan:

Unknown berkata...

Bila tak sihat macam tu la..Hilang selera makan.saya kalau demam biasa pun dah tak lalu makan.apa lagi kalau sakit macam ibu suri.

SukaniMusik berkata...

kuatkan pak cik IM ya Allah...

aamiin..
aamiin..

Syazni Rahim berkata...

Semoga pakcik terus tabah menjaga ibu suri, semoga Allah kurniakan kekuatan untuk pakcik Im <3

Shida Radzuan berkata...

Kesian saya baca tntg ibu suri ni..smpai mcm tu sekali ibu suri hadapi..moga baik-baik saja ya..bykkan berdoa moga dipermudahkan segalanya..take care pakcik IM

Suria Amanda berkata...

Semoga ibu suri diberikan kesembuhan...