Halaman

Jumaat, 22 April 2016

Jangan Mood Mengatasi Hasrat

InsyaAllah, esok aku akan balik kampung. Penggiliran sebulan sekali di kalangan adik beradik yang duduk jauh supaya adik yang selalu menjaga mak dapat berehat sekejap.

Tapi aku biasanya balik hari. Tengahari sampai, makan tengahari dengan mak hinggalah ke malam selepas makan malam, makan ubat dan gantung kelambu untuk mak. Kira-kira lebih kurang jam 9.

Walaupun aku rasa ralat kerana balik sekejap sangat; tak boleh tidur bersama mak tapi itulah yang terbaik boleh aku perbuat. Bermalam adalah sukar bagi aku untuk uruskan keperluan ibu_suri.

Sebenarnya aku rindu nak jalan-jalan melihat-lihat kampung. Melihat-lihat adik beradik dan saudara mara. Namun semua itu terpaksa aku pendamkan.

Tak seperti adik-adikku yang lain bila balik kampung. Khabarnya mereka memasak, berborak dan adakalanya membawa mak berjalan-jalan. Aku tak mampu berbuat seperti itu.

Walau apapun, aku hanya buat yang terbaik dengan cara akulah...

Paling penting, harap aku tidaklah tiba-tiba kensel niat aku balik esok bila bangun pagi nanti seperti bulan lepas. Susah juga bila dah tua tua ni. Mood mengatasi hasrat... kekadang!

4 ulasan:

Kakcik Nur berkata...

Semoga Allah SWT mempermudahkan hasrat dan urusan IM...

Nor Azimah berkata...

In shaa Allah, selamat berkhidmat kpd mak, untung masih ada mak.

Nor Azimah berkata...

In shaa Allah, selamat berkhidmat kpd mak, untung masih ada mak.

Omong Mak Long..... berkata...

Mudah-mudahan hasrat IM dipermudahkan menemui emak IM. Mak Long pun sangat rindu pada Emak Mak Long.