Selasa, 2 Ogos 2016

Puasa Terakhir



InsyaAllah... hari ini akan genaplah puasa 6. Punyalah payah nak menghabiskannya sedangkan ibu_suri dah pun be'raya' awal lagi.

Berbagai alasan aku beri bila ibu_suri bersungguh mengajak aku berpuasa bersama. Heh...

Tak sama kesungguhan berpuasaku ini di semasa masih bekerja dengan berpuasa semasa sentiasa di rumah. Apatah lagi bila orang lain semua udah hora hore dengan makanan sedangkan aku terkulat-kulat memandang dapur.

Namun setidak-tidaknya tahun ini aku telah berjaya melaksanakannya dengan jaya. Tak seperti tahun lepas. Kalau tak salah, aku sama sekali gagal untuk mendapatkan pahala free setahun!

Aku harap Allah 'menerima' puasa 6 ku ini walaupun mungkin pencapaian kualitinya tidak 100%.

6 ulasan:

Etuza berkata...

asalam..selamat tunaika n ya..dah di laksanakan secara berturut2..alhamdulillah

Nor Azimah Ali berkata...

Takpela dari lansung tak buat.
Lama IM menyepi.

Nor Azimah Ali berkata...

Takpela dari lansung tak buat.
Lama IM menyepi.

Kakcik Seroja berkata...

Kita melakukan sedaya upaya, selebihnya serahkan kepada Allah untuk menilainya...

insan marhaen berkata...

Tengahari semalam, tetiba Angah ajak makan bersama.

Memikirkan ini adalah peluang untuk makan bersama anak dan cucu serta sesuatu yang ibu_suri sukai, aku batalkan puasa.

Selesai makan berjamaah dengan anak dan isteri, aku ambil keputusan untuk ziarah mertua pulak.

Hari ini aku perlu lengkapkan puasa 6ku kerana hari ini adalah hari terakhir Syawal.

'Hebat'nya aku...

Murni Alysa berkata...

Tahniah IM..walaupon dah ujung syawal masih sempat..Alhamdulillah