Halaman

Selasa, 27 September 2016

Bukan Mudah

Aku faham. Bukan mudah untuk mengurus kebajikan seseorang yang memiliki emosi tak stabil yang salah satunya akibat serangan stroke.

Jiwa kena kuat, sabar kena tinggi, pergantungan dengan Allah kena ampuh. Paling utama... menerima takdir itu dengan hati terbuka dan bersangka baik.

Tapi sebagai manusia memang tidak akan lari dari keluh, kesah, rintih, kesal dan kekadang putus harap.

Mak aku terkena stroke sekitar 2010. Lumpuh sebelah kiri badan. Mampu mengesot sahaja kema pergi.

Adik perempuanku yang tiggal tak jauh dari rumah mak yang dipertanggungjawapkan menjaganya.

Aku tahu (malah kekadang rasa kesal, bersalah, berdosa), anak lelakilah yang sewajipnya menjaga mak (dan abah); bukan anak perempuan (kerana anak perempuan tanggungjawap utama kepada suami).

Kami ada 5 anak lelaki. Tapi melalui mesyuarat keluarga merasaakan adik perempuan ini yang sesuai menjaga mak.

Tapi walaupun dia seorang yang penyabar, runtuh juga benteng kesabaran itu. Awal awal memang penjagaannya diiringi senyum tapi selepas bertahun-tahun, dia mula 'menangis'. 

Selalu menalipon aku bila jiwanya tertekan, mengadu meluahkan perasaan.

Sama juga dengan adik ipar aku yang menjaga orangtua (tapi ini bukanlah kes kena stroke tapi uzur sebab usia). 

Sanggup berhenti kerja kerana mahu menjaga mak dan abah. Tapi masa mereka dahulu masih boleh bergerak, memasak dan ke pasar, semuanya nampak okey dan aman.

Namun bila mereka dah mula terlantar dan susah bergerak, mulalah terdengar bebelan dari adik iparku. Setiap kali aku datang menziarahi mertua, ada sahaja insiden yang kekadang aku tak sanggup nak dengar atau melihat.

Satu lagi, jangan mudah menerima aduan secara bulat dari yang dijaga jika dia mengadu yang tidak baik tentang sipolan yang menjaganya. Selidiki.

Kena fahami bahawa emosi mereka tidak menentu. Hari ini kata A esok boleh tiba-tiba berkata B.

Apapun sebenarnya... walaupun kita yang menjaga kebajikan mereka itulah selalu menjadi mangsa dimarahi atau dibenci (sebaliknya yang sesekali datang ziarah itu selalu mereka puji dan tatang), tanpa mereka sedari sebenarnya mereka memerlukan kita.

Aku bukan setakat terpaksa menjaga seorang sebaliknya 2 orang.... isteri dan anak; seorang tua dan seorang remaja.

3 ulasan:

Atie Yusof berkata...

Hanya yang pernah melaluinya yg akan tahu.. :(

Kakzakie Purvit berkata...

Sebab itu menjaga org sakit bukan yg dijaga yg kena uji tapi kita yg menjaga sebenarnya sedang diuji sama, sejauh mana kita boleh bersabar dan kuat.

Kamsiah Yusoff berkata...

KERANA TIADA KESABARAN ITULAH MAK TIRI SAYA MERUNGGUT..BERSUNGGUT..TAK LARAT NAK JAGA AYAH(ARWAH) SAYA DULU..
KAKAK SULUNG SAYA P AMIK...JAGA..BG MAKAN SECUKUPNYA..DAH NAMPAK SIHAT SIKIT NAK AMIK SEMULA..TP AYAH DAH TAK MAU...SEHINGGALAH DIA MENINGGAL..