Halaman

Isnin, 26 September 2016

Biarlah Dia Menjerit



Petang semalam lagi ibu_suri beritahu aku semasa berada dalam bilik...

"Abang, nak menjerit boleh tak?"

"Errr... janganlah. Nanti jiran sebelah dengar. Depa ingat apa pulak...!"

Dada aku mulalah....dup...dap...dup...dap...

Aku kurang selesa bila keadaan ini tiba.

Aku ajak ibu_suri beli makanan di kedai simpang 4, Permatang Pauh. Heran juga bila ibu_suri cuma minta nasi dengan sayur sahaja serta sambal.

Aku ambil nasi, terung tumis dan telor masak cabai. Sayur lemak fucuk tak jual pula kali ini.

Berhenti di stesyen Caltex. Makan di dalam kereta dah memang kebiasaan. Aku buat muka tebal sahaja pada yang lalu lalang sambil memerhati.

Sehabis makan, masuk waktu Zohor. Aku singgah bersembahyang di Masjid Permatang Janggus bila ibu jawap okey atas permintaan aku itu. Aku nak rileks sekejap walau mungkin untuk 5 ~ 10 minit, memadai.

Bila selesai, aku memandu balik ke jalan yang sama aku pergi. Sesampai di gerai yang jual air teh bunga, ibu_suri menjerit sekuat hati di dalam kereta. Bingit...

Aku teguh memegang stereng. Biarkan saja perlakuan ibu_suri yang bukanlah itu pertama kali.

Jauh dalam hatiku berkata....

'Di manakah silapku ini....'

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Semoga Im teguh dlm mengharungi hidup ini. Hanya mereka yg melalui tahu pahit getir memikul tgjawab sebegini. Tabahkan hati ya.

Ujang Kutik berkata...

Assamualaikom?

Sudah lama saya tidak jenguk blog sendiri dan rakan-rakan.

Nor Azimah berkata...

Silapnya sbb balik ikut jln yg sama dgn jln pegi...kot, hihi..bertabahlah ye IM, setiap org ada bhgiannya sendiri.

Nor Azimah berkata...

Silapnya sbb balik ikut jln yg sama dgn jln pegi...kot, hihi..bertabahlah ye IM, setiap org ada bhgiannya sendiri.

Atie Yusof berkata...

Bersabar lah IM.. kalau jerit kat rumah, jiran2 dengar takut depa pelik.. dalam kereta, tingkap tutup tak ketara sangat...

Tanpa Nama berkata...

Salam pakcik
Tiada silapnya.ini ujian Allah.
Tapi pakcik dari main muzik.. main cd mengaji lagi elok dalam rumah dan keta. Ayat baqarah elok utk buang setan.