Halaman

Ahad, 25 September 2016

Catatan Hari Ini...



Baru lepas memicit tangan kaki ibu_suri. Mengadu sengal sana sini.

Sari dua ini aku rasa hidup seperti ntah apa-apa. Kosong dan tak bermaya.

Jemu dan bosan melayani kerenah ke 2 mereka ini. Akhmal dengan sikapnya yang suka membawa kawan masuk ke bilik. Ntah apa dibuatnya di dalam...

Lagi sedih kekadang anak sedara sendiri pun ada sama. Yang dah kawin dan beranak pinak pun 2x5.

Hal ibu_suri satu bab juga. Asyik mau aku di tepinya sahaja. Kalau aku duduk di luar bilik sahaja, tak lama, dia akan panggil.

'Bang, buat apa tu? mai la picit tangan ni.'

Lemas tapi sekadar merungut dalam hati sahaja.

Sepatutnya di usia pencen ini, aku dah boleh senang-senang seperti kawan lain. Beraktiviti sosial, berjalan melihat saudara mara atau bertemu kawan lama. Namun sebaliknya berlaku.

Sekali lagi, aku rasa lemas, jemu dan kecewa dalam sari dua ini. Itu saja yang nak aku luahkan dalam catatan ini.

Lapar.

Nasi dah masak. Tinggal nak goreng ikan sahaja. Kalau kat Penang digelar ikan lengat. Kat Perak digelar ikan rebus.

Walaupun tak baik untuk kesihatan, itulah yang ibu_suri merengek sejak dari semalam minta aku sediakan...

4 ulasan:

Nor Azimah berkata...

Jom baca quran, in shaa Allah jadi tenang

Atie Yusof berkata...

MOga IM dikurniakan lebih kesabaran.. berat mata memandang berat lg bahu yg memikul.. doa jgn putus..

Kamsiah Yusoff berkata...

kerana itulah ibu suri dikurniakan suami yg tabah dan sabar seperti IM..

Tanpa Nama berkata...

Salam kata nak berdakwah. Start dakwah dan akmal dan isteri. Takzkirah dan baca Quran ... dakwah dan amalan dari rumah

Wasalam