Jumaat, 2 September 2016

Minyak Serai Wangi


Pagi ini hujan. Sejuknya menikam hingga ke tulang.

Akhmal tak balik sejak semalam. Ntah kemana dia pergi. Wasap hanya di baca tapi tak berjawap. 

Itulah anak... top up kita yang bagi duit membeli. Nak call atau wasap kita cuma bila dia memerlukan. Tapi sebaliknya bila kita memerlukan dia.

Aku baru saja selesai mengurut kaki ibu_suri. Dia selalu mengadu sakit-sakit. Justru itu, minyak hangat memang selalu ada tersimpan.

Minyak hangat ini pada aku, buat syarat ada sahaja. Bukan sangat meredakan jauh sekali menyembuhkan sakit. Sekadar kelegaan dari sudut psikologi.

Kalau membeli, aku suka minyak hangat yang mengandungi ramuan serai wangi.

'Sakit kaki you ni disebabkan 3...

1. berat badan yang terlalu
2. sebab angin dalam badan. darah tak boleh mengalir dengan lancar
3. sebab daging atau lemak tebal menindih urat saraf.

Jadi... kalau urut sepanjang hari sampai minyak habis berbotol pun, kaki you ni masih akan sakit.'

Begitulah bebelan aku selalunya. 

Bukan mudah nak urut tubuh atau kaki seorang obes macam ibu_suri. Banyak kederat kena guna. Hingga lenguh-lenguh tangan. Sampai sakit pinggang. Sampai aku yang terk*nt*t-k*nt*t... bukannya dia.

Ramuan paling baik kena ada ialah kesabaran dan keikhlasan. Kalau tidak ikhlas mengurut, ibu_suri akan tahu dan tegur....

'Tuu.. tuu... tak ikhlas le ngurut tu...'

Apapun... dia adalah istri. Kalau bukan suaminya yang mengurut, siapa lagi...

Hari ini hari Jumaat. Aku tak pergi riadah sepertimana kelmarin. Bukan apa, bimbang mengantuk bila di masjid... solat Jumaat nanti.

Dah berusia begini, selepas riadah badan akan berasa terawang. Selalunya, aku akan tidur sekejap lepas Zohor. Jangan pula masa dengar khutbah...

2 ulasan:

mokja berkata...

Teringat minyak angin yang diolah dan dibuat sendiri oleh arwah bapa. Sangat mujarab kerana diiringi bacaan ayat suci. Ruginya sapa pun tak dak mewarisi..tidak kaya kami jadi tauke minyak urut kaki...hihi.

Kakzakie Purvit berkata...

Kalau kakak mengurut biasa sendawa-sendawa macam kenyang IM bukan kentut hihi.. Tapi kalau saling urut-mengurut memang best kan. Lega rasa badan.