Halaman

Isnin, 5 September 2016

Tribulasi...

Kekadang aku berasa seperti amaat kecewa. Kesaorangan...

Kenapalah di usia begini aku masih tepaksa memikul beban mengurus anak yang bermasaalah dan istri yang tidak mampu berdikari. Sedangkan sepatutnya aku sudah boleh 'merdeka' dengan beraktiviti.

Cemburu bila melihat dan mendengar sahabat-sahabat yang bebas ke sana kemari bersama dengan aktiviti ngo atau kemasyarakatan.

Sabtu lepas aku ke daurah IKRAM di IPG Tengku Bainun. Aku perhatikan mereka dengan segala kesayuan. 

Terasa diri ini amat kerdil berbanding mereka yang begitu ceria dan cergas dengan tugasan dan becok bercerita tentang penglibatan mereka.

Aku juga kekadang rasa terpencil bila membaca wasap dari grup adik beradikku. Mengetahui mereka selalu balik kampung dan bermalam sedangkan aku tidak boleh begitu.

Mereka akan ngeteh bersama malah raya akan datang ini dah rancang untuk membakar lemang bersama.

Aku selalunya balik raya ke2 dimana lemang atau rendang memang kalau ada, aku cuma makan sahaja..

Dah lama aku tak balik beraya pada hari pertama bersama mak. Bersembahyang sunat di masjid kampungku sendiri yang masa dulu aku selalu mengetuk kerantung dan menjadi muazzin.

Aku juga rindu dan tidur d sebelah mak yang hanya boleh mengesot sahaja sekarang ini. Nak bawa mak berjalan-jalan ziarah saudara mara sementara hayatnya atau hayat aku masih ada.

Tak dapat... tak dapat aku nak realisasikan semua itu kerana kekangan yang aku alami sekarang.

Cuaca redup setelah berhenti hujan.... dan sunyi buat aku mengeluh sendirian...

56 tahun usia ini berlansung dengan penuh tribulasi seperti tak sempat bernafas dengan panjang...

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

As alam.
Minta jangan lah mengeluh. Amal kebajikan bermula dari rumah. Kebajikan di luar itu kalau ada kesempatan. Kalau nak buat macam semua jadinya boleh juga hanyut ke daerah riak.
Ujian ini untuk saudara meraih pahala dan deras yang tinggi.
Semuanya sudah tertulis di dalam. Loh mahfuz bagaimana pengalian hidup masing masing. Maka terimalah dengan redha.
Buat sebaik yang boleh. Jangan dikeluh jangan disesalkan.
Bila rasa keseorangan baca lah alquran walau sejuk. Itu lah teman kita di tahap kegelapan. Bila sesak hati baca lah Quran walau sepuluh baris... lama kelamaan inshaallah tenang hatI yg rusuh dan sedih.
Jika kita jadikan alQuran sebagai rman di waktu kesedihan dan kesunyian...ianya menenangkan hati..
Berpuasa lah sampai hari wuquf. Dan berdoa apa saja... inshaallah di makbul.
Serta rajin baca surah al baqarah.

insan marhaen berkata...

tanpa nama,

Tkasih banyak banyak atas nasihat...

Tanpa Nama berkata...

Aduhai uncle...tabahlah..semoga sentiasa sejahtera..selalu meminjam semangat uncle dalam menempuhi perjalanan hidup seharian

Rozita Abdul Rahman berkata...

IM, sedih baca luahan ni.. semoga terus kuat dan tabah..

Tanpa Nama berkata...

Semoga pngorbann pkcik dpt tmpt yg tggi d sisi Allah..ikhlaskn hati..bykkn bca al ikhlas dlm solat fardhu..smoga dpermudhkan_ct ainsyah

insan marhaen berkata...

Terima kasih ct aisyah... atas ransangan...