Halaman

Selasa, 25 Oktober 2016

Kerenah Makan


Melayani kerenah 'mau makan apa hari ini' juga sesuatu yang perlukan kesabaran, ketenangan dan kelapangan dada yang tinggi.

Sewaktu menghidupkan enjin kereta selalu nya aku akan bertanya siap siap pada ibu_suri...

nak makan apa?

atau...

nak makan di mana?

Supaya senanglah aku nak pilih jalan ke arah mana bilamana mula memegang stereng kereta.

Jawapan yang paling susah aku nak hipotisiskan ialah....

Entah...

Sambil dia merenung muka aku tanpa senyum. Tidak juga masam. Tidak juga tawar.

Maka aku akan pasrah sahaja seolah olah biar keadaan memberi jawapan.

Tadi... katanya teringin makan nasi dalca di Restoran Nurul Din, Permatang Pauh.

Nasib baik masih ada lagi walaupun cuma serdak.

Tak mahu lauk apa apa. cuma nasi dengan dalca sahaja... cukup, ujar ibu_suri.

Bila mamak tu tanya, aku hanya menegakkan jari telunjuk bermaksud satu bungkus sahaja.

Tergerak hatiku begitu kerana bimbang ibu_suri tak habis makan jawapnya akulah yang kena perabiskan.

Bila saja aku buka bungkusan berlapikkan pinggan plastik, aku dah boleh agak tindakbalas selera ibu_suri agak negatif.

Tak sedap... ujarnya sambil menghulur semula pinggan ke arah aku sedangkan cuma baru beberapa sudu sahaja nasi itu tersuap ke mulutnya.

Tanpa banyak kerenah, aku sambung memakan nasi dalca itu.

Takda apa salahnya nasi ni. Sedap pun... respon aku yang memang tak banyak ragam dalam bab makan minum ni.

Sabar sahaja dia menunggu aku perabis nasi dalca itu. Dan bila aku habis makan...

I lapar lagi la. Nak makannn... tapi makan apa?

Aku memandu keluar lampu isyarat mengarah ke lebuh raya.

Ternampak  Restoran Subaidah.

Sini macam macam ada. Roti canai, capati, tose, mi goreng, koay teow, bihun, nasi, roti nan....bla...bla...bla...

Koay teow goreng pedas.... jawapnya... jangan lupa bubuh sos cili...

Siap pesan, aku kembali ke kereta dan bukakan bungkusan untuk dia makan.

3/4 pemakanan,  dia menghulur kepada aku.

Tawaq... komennya.

Aku pun berhenti dari membelek talipon lalu menghabiskan baki koay teow.

Memang tawar rasanya tapi tetap habis aku sebat.

Tak baik mengondem makanan yang dah tersedia di depan kita, fikirku.

Aku mengadu hal ini kepada anak anakku melalui wassup keluarga agar mereka tahu antara situasi yang aku hadapi saban hari dengan ibu mereka.

Sempat aku coretkan....

'Ayah harap ayah akan sempat menjaga ibu kamu sehingga akhir hayatnya...'

Mesej itu tidak berjawap seperti mesej mesej sebelumnya...

10 ulasan:

Kakcik Nur berkata...

Semoga Allah SWT terus memberikan IM kekuatan dan kesihatan yang baik...

Murni Alysa berkata...

Satu jer yg murni rasa.."ibu suri bertuah dapat suami yang penyabar mcm IM"..semoga ibu suri & IM sihat2 sokmo..Aamiiin!

Atie Yusof berkata...

Sabar nya IM melayan karenah ibu suri.. beruntung beliau.. sedih ayat IM tu.. moga terus diberi kekuatan...

Bearcat berkata...

IM memang benar-benar lelaki yang penyabar. Semoga Allah sentiasa merahmati kehidupan IM sekeluarga.

Boleh naik berat badan kalau hari-hari macam tu kan? hehehe.

Tanpa Nama berkata...

Salam Bro, semoga dirahmati Allah set dan diberi kekuatan dalaman.

Selalunya orang yang kena stroke dua tiga tahun perama selera makan tak ada. Ada kala nya hilang terus.
Tapi kalau dia makan sesuap dua tiga tu ok lagi. .. Jangan beri minum ayaq manis.
Kalau dua attempt tu ... Dan sesuap dua tiga ..kira ok. Janji ada makanan dalam perut.. ibarat makan biskut tawar sekeping dua.
Memadai alas perut.

Ada mungkin hikmahnya kalau tiada selera menghabiskan makanan. Sekurang kurang dapat menurunkan berat badan.
Dan secara tidak langsung tak perlu berdiet. Cuma pastikan dia minum air kosong suam.
Tapi kena jaga jumlah air. Saya ada masalah bladder. Lepas accident saya kena jaga kurangkan air selepas pukul 6 ptg. Untuk mengelakkan tak boleh tahan masa tidur.
Ini hospital yg ajar.

Tak pe sebagai suami yg pengasih dan penyabar terima aja lah ikhlas ujian ini. Allah set sayang kan Bro. .Dia beri ujian ini. Dia tahu bro penyabar dan pelembut orangnya.
Sebab tu dia uji bro betul betul. Teruskan dengar zikir nasyid dan mengaji. Inshallah akan mendapat ketenangan di dalam kelibutan.

Wassalam.

mario berkata...

pening jgk ek klu tanya nak makan kat mana jwpnya ntah...

indai igat berkata...

Hi uncle...sabarlah selagi uncle mampu, kerna sebenarnya ramai pembaca blog ni menumpanh kekuatan hati dan kesabaran uncle, termasuk saya.
Baru2 ni saya kongsikn kisah uncle dengan mr husband, sy btnya skiranya saya d tmpat ibusuri, blhkah dia jd setabh uncle, ditnya nya pula sya balik, sy jg x mampu berikn jwpn yg pasti..mksudnya semua insan sekuat uncle.

insan marhaen berkata...

Tanpa nama,
Memang benar.

Sebaik saja dia menghidap stroke, nasi kandar yang memang favourite dia sebagai sarapan lansung tidak lagi mahu disentuh.

Itu sesuatu yang mengherankan saya, mulanya.

Satu lagi, nurse tempat kerja saya pernah tanya... bagaimana dengan hubungan suami isteri?

Yang ini saya jawap... ok. Macam biasa.

Nurse itu jawap... kalau macam ini saya sebenarnya masih bernasib baik.

insan marhaen berkata...

Saya pernah tanya ibu_suri, kalau saya yang sakit seperti ini adakah dia boleh menjaga saya....

Dia geleng kepala.

insan marhaen berkata...

Indai igat,

Cuba singgah blog tapi tak aktif sejak 2011...