Halaman

Khamis, 6 Oktober 2016

Mendung




Sudah 5 hari Akhmal ke KL, kononnya nak duduk bersama emak kandungnya (tapi aku sendiri ragu-ragu kerana ibu_suri mengatakan emaknya tinggal di Klang).

Semalam dia minta duit poket. Katanya nak pergi kerja tapi tapi tak cukup duit nak isi minya 2T motor. 

Bila aku tanya...

'Kamu kerja kat mana?'

'Kt cni arhh mna lgy'

Tak mahu fikir yang bukan-bukan sedangkan aku pun tak pasti. Aku berdoa muga Allah lindungi dia.

Terasa lapang rumah ini bila dia tak ada. Akan tetapi terasa pula sunyi. Setiap kali bunyi motor Yamaha 125 yang dipacu deras, aku berasa seperti dia sedang balik ke rumah.

Dan yang paling letih untuk aku menjawap soalan dan mengendurkan kesusahatian ialah ibu_suri.

Aku katakan... 

'Akhmal itu anak lelaki dan dah besar panjang. Pandai-pandailah dia jaga diri.

Mungkin rezekinya bukan di tempat sendiri tetapi di tempat orang. Macam Abang juga...'

Untung juga ibu_suri, ada aku yang boleh memujuk dan mententeramkan hatinya bila resah sedangkan resah aku terpaksa aku pedam sendiri.

Beberapa hari ini langit itu mendung dan hujan saban waktu. Seperti jugalah hati ini...

7 ulasan:

Kakcik Nur berkata...

Semoga Akhmal selamat walau di mana dia berada...

Kakzakie Purvit berkata...

Naluri hati seorg ibu - apa lagi tahu bagaimana Akhmal mestilah kebimbangan tetap ada di hati. IM juga yg kena telan dan tanggung mendung di hati sendiri.

Atie Yusof berkata...

Moga akhmal pandai jaga diri walau dimana berada.. harapnya Ibu suri akan baik2 shj...

Kamsiah Yusoff berkata...

semoga dgn bekerja,Akhmal akan lbh menghargai hidupnya..

mokjadeandell berkata...

Semoga IM sekeluarga berada dalam keberkatan. Sekarang ni sunggoh banyak cabaran jadi ibubapakan...walau anak2 dah besar panjang,risau ibubapa tak pernah berkurang.

Tanpa Nama berkata...

Salam Im,
Jagalah diri awak dan isteri dengan sebaiknya.
Jaga makan dan kesihatan.
Dengar mana yang larat.. lepas tu duduk bacalah sebaris dua AlQuran sebanyak mungkin.

Itu ubatnya. Buat lah sembahyang tasbih.
Di malam hari ....
Akmal. .biar lah dia.. Jika segala usaha dah dicuba ... buluh sudah tua.. tak boleh lentur... biar ajakan lah. Letakkan dia di sudut ingatan yang jauh..
Tak perlu lagi di gusar kan.
Setakat mana yang mampu cuba..kalau dah tak terdaya..... berserah pada Allah. Sembahyang dan berdoa. Pasrah.
Beri dia kata dua ubah atau dia kena keluar ke apa apa.
Dia takkan berubah ....kalau masalah akalnya... melainkan orang berakal waras mereka dapat berubah..Kerana ada akal.

Rajin rajin sembahyang tasbih dan berdoa serta mengaji. Tak perlu di keluh kesah... jaga kesihatan anda dan istri.

Jaga isteri anda sebaik mungkin.

Bearcat berkata...

Semoga IM dan keluarga berada di bawah lindungan Allah sentiasa. Amin.