Rabu, 2 Disember 2020

Penggunaan Letrik

 

Semasa ibu_suri masih sihat, bil letrik rumah sekitat rm50 saja. Bila ibu_suri menghidap bipolar disorder pada hujung 2007, aku mula berjinak-jinak dengan penghawa dingin.

Mulanya aku beli dari Court Mamouth secara ansuran. Setelah setahun lebih guna, ianya mula meragam disamping bil yang menjadi semakin tinggi sekitar rm100. 

Aku tukar kepada jenis inverter atas cadangan dari mekanik yang selalu datang membuat servis bila aku perasan penghawa dingin aku mula kurang sejuk dan serentak itu bil makin naik.

Aku guna jenama Daikin.

Sejak ibu_suri terpaksa menggunakan mesin Oksigen dan penghawa dingin selama 24 jam disebabkan dia kini terlantar di katil maka bil aku dah mencecah rm160 lebih dan pernah cecah rm190.

Dengan gaji yang tak seberapa sekarang ini aku mula berfikir untuk membuat penjimatan dalam gunatenaga letrik ini.

1. Aku cabut plug mana mana alat letrik yang aku tak selalu guna seperti plug mesin basuh, periuk nasi, pemanas air dan tv.

2. Aku kurangkan penggunaan kipas.

3. Aku set auto pada remote aircond supaya ianya beroperasi ketika perlu.

Sayangnya, sejak ibu_suri banyak di katil, penggunaan mesin basuh menjadi kerap sebab terpaksa selalu basuh kain dan tuala lapik tidurnya yang kerap kena air kencing yang bocor dari lampin.

Dan kerap membasuh ini juga (basuhan 2 X yakni basuhan pertama buang kesan kencing/najis; keduanya basuhan dengan sabun) menjadikan bil air juga bertambah walaupun taklah setinggi bil letrik sebab bil air di Pulau Pinang antara yang paling rendah cajnya di Malaysia.

Ada juga biras aku cadangkan supaya ubahsuai meter letrik rumah semacam yang dia buat untuk jimatkan letrik

 Katanya dia guna 3 penghawa dingin tapi bil cuma rm100 lebih sahaja.

Aku tak berminat cara itu sebab rasanya lebihkurang sama dengan istilah 'curi letrik', kan?

Pun bila sekarang tunggakan bil letrik aku dah mula beransur tambah maka aku perlu berbuat sesuatu. 

Aku perlu dari sekarang berfikir bagaimana untuk melakukan penjimatan terhadap kos penyelenggaraan rumahtanggaku ini. 

Muga Allah pelihara kehidupanku melalui kudratku yang semakin renta..


13 ulasan:

Amie berkata...

Bil elektrik memang tinggi kalau gunakan pendingin hawa. Saya pun takut dengan istilah 'curi letrik'. Moga ada jalannya untuk mempermudahkan urusan rumah tangga.

Syaz Rahim berkata...

saya juga tak setuju dengan orang2 yang curi elektrik ni, tak baik kan

mokja berkata...

Jangan buatlah curi letrik tu. Kena denda jenuh nak bayar. Silap2 naik mahkamah.

PeRdU cINta berkata...

Curi elektrik itu sebenarnya solusi seketika. Hujungnya masalah lain nanti.

Suria Amanda berkata...

Kalau boleh elakkan dari curi elektrik tu IM...janga la..kesanya dikemuadian hari nanti bertambah masalah..SA punyer bil elektrik pun cecah 260 sebulan akibat penggunaan aircond sebab mak SA dialysis..memang banuyak guna aircond

SalbiahM berkata...

Kalau boleh jangan 'curi elektrik' tu IM, banyak masalah menanti di hari kemudian. Semoga Allah permudahkan urusan menjaga Ibu Suri

Warisan Petani berkata...

Elektrik ni dah jadi satu keperluan.
Cuma kita cubalah berjimat kalau boleh.

Shida Radzuan berkata...

Moga pakcik IM dapat cari solusi utk kurgkn pggunaan elektrik..

Yaya Azura berkata...

Susah juga ni nak kurangkan bil elektrik. Semoga IM dapatlah cari penyelesaian

Kamsiah yusoff berkata...

semasa suami kerja di johor dulu
bil letrik rumah saya mencecah rm300 tiap bln
dia balik ja..no aircond,no tv,ketuhar sesekali ja guna..

Umialya berkata...

Bil letrik mmg mahal skrg ni..

Kat rumah dah mencecah RM400+ sejak PKP, pening juga nak bayar tapi itulah cuaca panas, terpaksa pasang aircond.

Ziana Eunos berkata...

bil makin naik kadang tak guna banyak. jadi pelik juga tu

Gee follow sini juga #97)

mamapp berkata...

Semoga dipermudahkan ye mama doakan semoga segalanya berjalan lancar