Lama dan memang jarang dah menulis. Bukan tidak ingat, bukan tidak rindu pada blog aku ini tapi keadaan diri menyebabkan kemahuan menulis itu tumpul.
Aku harap sahabat lama blogger dan sahabat blogger baruku sihat dan tenteram dalam menghadapi kehidupan yang penuh liku dan berbagai warna ini. Dan tidak lupa kepada Insan Marhaen ini.
Umur aku sekarang menghampiri 61 tahun. Warga emas dah nampaknya. Tenaga pun dah kurang. Jiwa pun dah tak cukup kuat untuk menahan segala permasaalahan. Kekadang terasa seperti badan sahaja yang memikul tanggungjawap tetapi hati terasa seperti mahu pergi jauh-jauh menyendiri.
Akhmal baharu sahaja keluar dari penjara setelah setahun di dalam. Walaupun aku tidak nampak apa-apa perubahan yang positif terhadap diri dia aku harap dan telah pun berpesan kepada dia supaya mula berusaha memperbaiki diri. Aku mahu dia boleh berdikari dan urus dirinya sendiri sebab hidup aku ikut secara naturalnya tidak lama di dunia ini.
Aku tidak mahu terlalu memikirkan pasal masa depan dia. Dia lelaki. Bak kata P Ramlee, ulat dalam batu pun boleh cari makan.
tentang ibu_suri pula semakin nanar dengan halusinasinya. Beriya iya dia suruh aku pergi buat repot kat balai polis. Dan menyuruh pergi ke pejabat lawyer supaya menyaman 'orang-orang' yang selalu dia lihat di dinding dan siling biliknya.
Mereka itu (menurutnya) telah berkeluarga di sini sejak dia masuk hospital awal tahun lalu. Mereka kawal penghawa dingin, mereka kawal almari baju.
Bila dia 'merepek' begitu aku perlu seolah memberi perhatian apa yang di katakan. Kalau aku dilihat seperti acuh tak acuh, nada suaranya akan tinggi dan mula menengking aku.
Memang susah menjaga seseorang yang menghidap bi-polar disorder ini. Tahap sabar dan tenang kena tinggi tahap super gaban.
Aku selalu teringat akan kata-kata doktor dulu semasa dia mula menghidap minor stroke dan di kesan menghadapi bi-polar. Kata doktor - istri awak ini jika tidak dijaga dengan baik, dia akan boleh jadi seperti orang yang bergelandangan di jalan raya. Bercakap seorang diri malah boleh sampai ke tahap berkeliaran tanpa pakaian.
Mengenang itulah aku cekalkan hati menjaga istriku ini. Walaupun pernah beberapa kali aku mengadu kepada doktor pakar psikiatrik akan tidak tahannya aku menjaga kerenah istriku ini, doktor menyarankan aku memberi lampu hijau untuk doktor mengarahkan polis dan pihak hospital mengambil istriku di rumah dan membawanya ke hospital sakit jiwa.
Fuhhh...
Rasanya aku telah menggunakan seluruh masa senang, wang, tenaga dalam menjaga istriku ini. Aku selalu berdoa kepada Tuhan, jika Tuhan mentakdir antara manakah dalam kami berdua yang Dia ingin mengambil nyawa, biarlah nyawa istriku yang diambil dahulu.
Kalau aku yang pergi dahulu, siapalah yang mampu menjaganya sebagaimana aku...
16 ulasan:
Saya doakan pakcik dianugerahkan pahala yang amat besar..amiinn
Semoga diberi ketabahan menjaga ibu suri...bertapa besarnya pahala IM menjaga isteri.
Inshaa Allah Pakcik IM..semoga semuanya akan baik baik sahaja.
Selalu lah meminta dan berdoa kepada yg maha esa, dia sentiasa ada untuk kita dikala susah dan senang kita :)
Semoga terus diberikan kekuatan dalam meneruskan kehidupan dan dipermudahkan segala urusan. Aaminn
sedih rasanya saat membaca ini pak cik..
tak dapat yang bisa saya perbuat selain berdoa kepada Allah untuk meringankan dan menguatkan hati pak cik dalam menghadapi segala persoalan ini..
semuga dipermudah ya pak cik..
salam.
Semoga Allah SWT memberikan kekuatan buat IM selagi hayat dikandung badan. Aamiin.
mugo dipermudahkan ., aminn ya robbal alamin.,
Dah lama tak singgah blog IM.
Semoga tabah menempuh perjalanan seterusnya.
Terima kasih kerana singgah. Muga Tun Tijah juga tabah dan sihat dalambkehidupan...
Terima kasih atas doa, wak lat...
Muga kak cik juga kuat dalam melalui hari hari berusia. lama tak jenguk blog kak cik.
Terima kasih atas doa.
Terima kasih juga
TQ
Lama tak sua. Muga muga...
TQ
Catat Ulasan