Selasa, 8 Disember 2009

Team Building

Sewaktu masih memandu merentasi Jambatan Pulau Pinang untuk ke Hotel Park Royal di Batu Feringghi, otakku ligat berusaha mencari alasan. Sebenarnya aku berasa amat culas sekali untuk hadir ke program Team Building ini. Namun kerana ianya dianjurkan oleh majikan dan berstatus wajib, aku akur. Ada seorang kawanku memberi cadangan supaya pergi untuk separuh hari sahaja. Hmmm.... molek juga cadangan tu…

Jadi satu masalah pula bila hendak beritahu ibu_suri bahawa aku terpaksa pergi ke program ini. Disamping mempunyai masalah untuk bertutur dia juga mempunyai masalah untuk memahami apa yang dipercakapkan terutama kalau percakapan itu menggunakan perkataan yang tiada dalam kamus fikirannya.


“ Hari Sabtu Ahad orang lain cuti, u nak pergi kursus pulak. Kursus apa? I tak boleh ikut ke? “


“ Mana boleh. Ini kursus untuk orang lelaki je. “


“ Tak apalah. I duduk je tepi pantai tu. You pi la kursus. You pi kursus apa? ‘


“ BTN! “


“ Haa….. BTN? You tau Pakatan Rakyat semua boikot kursus tu, u nak pergi pulak. Awat… @#$%&* “


Alamak, tersilap la pulak! Tak teringat yang BTN menjadi isu hangat di media akhir-akhir ini. Nak bagi tahu Team Building nanti jenuh pulak nak terangkan apa dia Team Building tu. Malas pulak rasanya sebab nak menerangkan itu pula memerlukan kesabaran yang bukan sedikit dan tekniknya pula perlu betul.


“ You duduk kat rumah ajelah. Kemas rumah. Hari pertunangan Angah tak lama lagi ni. Kita apa pun tak buat lagi. “


“ Tau pun. Yang u tu gatai nak pi kursus buat apa. Tak boleh pi hari lain ke? “


Aku diam. Tak suka berdebat lagi. Bak kata adik ipar aku, “Sabo je ler, yop!”


Tapi bila hampir separuh program Team Building itu berlansung terasa serononk pula. Di suruh jadi ayam, main skipping, jadi orang buta dan spider web.

Hilang sekejap runsing fikiran tentang rumah dan masalah kerja. Dan paling berharga ialah falsafah dari semua permainan itu dihubungkaitkan dengan pengurusan pekerjaan. Malah dalam hidup.


Pelancong ramai yang menginap di hotel ini. Ada yang berkelubung hitam sekadar nampak biji mata jer hinggalah kepada Mat Saleh yang cuma pakai seluar dalam berjemur di bawah matahari. Nasib baiklah ibu_suri tak ikut sama. Kalau tak naya aku kena cubit kiri kanan, hik!hik!hik!


Walaupun program tamat jam 5.15 petang, tapi aku tidak terus pulang sebaliknya singgah di Masjid Terapung, Tanjung Tokong untuk solat dan merehatkan mata. Masjid yang tersergam indah ini pernah menyaksikan ombak tsunami menghempas pantai dan rumah di hadapannya.


6 ulasan:

hj atan berkata...

Salam

oo beli cincin kat carrefour(kedai emas) malam tu ka?..untuk anggah tapi along mcmana?

hentian berkata...

Along dok belajaq tak habih lagi...

kakcik berkata...

Salam IM..

tadai kakcik dah masuk.. nak tinggal komen, tapi tak boleh pulak...

Panas sangat ke kat tempat kursus tu? Sampai ada yang bukak baju!

hentian berkata...

Buka baju sebab nak pastikan badan dia boleh lolos melalui lubang spiderweb tanpa menyentuh jaring. Tapi, IM tak bukak baju sampai kesudah. Segan la....

iBu...gUru berkata...

Salam. Moga ibu suri dalam kesejahteraan selalu dsamping IM. Ibu guru & family x pernah lupa singgah masjid terapong tu jika melintasi spanjang pantai d situ.

hentian berkata...

Best sembahyang di situ, kan! tenang dan tenteram....