Sabtu, 24 Julai 2010

Hospital BM...1 - Masuk Wad

Ahad lepas aku bawa ibu_suri ke klinik. Dia mengadu kebas mulut. Dan lebih mengkhuatirkan aku bila melihat dia kerap mengelap air liur yang spontan mengalir keluar dari celah bibir kiri.

Bila saja doktor Klinik 1 Utama, BM itu melihat tahap tekanan darah ibu_suri yang mencecah 200+/100+, tanpa banyak soal doktor terus mencapai kertas, menulis sesuatu lalu mengarahkan aku membawa ibu_suri ke hospital dengan segera. Arakian, terasa setiap lampu isyarat dan kereta yang aku bontoti bergerak teramat perlahan.

Sesampai di Hospital Bukit Mertajam kira-kira jam 9.30 malam, ibu_suri diberi laluan istimewa untuk di periksa segera. Ternyata tekanan darah ibu_suri membimbangkan. Aku di temuduga dengan berbagai soalan. Aku pun ceritakan semua penyakit terkini yang diidapi ibu_suri; kencing manis, darah tinggi, ahmar dan bi-polar disorder tahap murung.

Seperti yang aku jangka dan harapkan, ibu_suri di tolak ke katil 1-3. Dan aku diberi kebenaran istimewa untuk menunggu ibu_suri 24 jam walaupun wad 10 adalah wad khas untuk wanita.

"Eh, patient ni bi-polar la.." beritahu jururawat itu kepada kawannya yang sedang menyiapkan cadar katil.

"Selalunya kalau kes bi-polar, pesakit kami letak dekat dengan meja kami supaya senang kami jaga. Tapi hari ni semua katil penuh." terang jururawat kepada aku.

Jururawat dan sister di sini baik-baik dan manis-manis belaka hatta yang memboyot pun. Walaupun saban ketika aku mendengar bunyi dengkur atau batuk berkahak dari pesakit yang asma namun memandang muka jururawat dan pekerja yang mencuci wad, hati jadi sejuk.

Walaupun 24 jam aku di hospital dengan mandi sekali sehari, makan tidak menentu dan sembahyang di kerusi sahaja, aku masih boleh cool hingga ibu_suri bertanya;

"U tak risau ke tengok I?"

"Relaks dan tenang. Kalau abang risau, sapa pulak nak tengok abang!" cuba memberi semangat.

Yang rimasnya, saban ketika dan lebih-lebih lagi waktu malam ibu_suri asyik mengadu tidak selesa berbaring di katil wad dan merengek hendak balik. Juga menyalahkan aku kerana menghantarnya ke GH dan bukan ke Bagan Specialist Centre seperti lazimnya sebelum ini. Aku terpaksa selalu menyabarkannya. Hingga kekadang aku menjadi kurang sabar!

Kalian... jagalah pasangan hidup kalian sebaik-baiknya jika kalian benar-benar sayangkan dia dan mahu hidup bahagia bersama di rumah sendiri yang permai!

15 ulasan:

a.z.r.i.n.a.03.07 berkata...

Salam IM,


sayu dan bergenang air mata saya.


IM tabah manakala isteri cekal walaupun menghidapi berjenis2 penyakit.


semoga saya dikurniakan perasaan sebegitu andainya dtg ujian dari Allah.

kakcik berkata...

Salam IM..

semoga semua suami/isteri setabah IM biarpun pasangannya menghadapi kesulitan yang bukan diminta.

ahmad humairi berkata...

didoakan agar IM terus sabar dan tabah..

hentian berkata...

sabar.. sabar..

huuu...

ain fathihah berkata...

salam..

go go IM!

IM memang hero di hati ibu suri & anak2.

FaAtip berkata...

semoga kalian bahagia di sini dan juga di sana....hanya Allahlah yang akan membalas segala keikhlasan saudara.

ibuintan berkata...

Salam Im,
dapat merasakan kesukaran yang IM hadapi...semoga terus tabah

hentian berkata...

tkasih kerana sudi singgah, mempicagari motivasi dan merasai bersama kepayahan ini.

CgMas berkata...

Kita berharap dpt pasangan dunia n akhirat, jd rumahtangga harus dipertahankan. En IM ada tempat untuk mengadu keluh kesah, bl x berdaya ke mana lg? The One: Yg Esa.

Acik Erna berkata...

IM..hanya mampu berkata..terus tabah..

CITY® berkata...

salam,

terharu nya baca
selain sabar apa lagi kami nak kata, berat mata memandang berat lagi bahu memikul kan,
selagi mampu terdaya tak rugi pun kita berbuat baik dan berkorban apa lagi dgn insan2 yg kita sayangi...
semoga ssudara im sentiasa dipermudahkan segala urusan dan sentiasa tabah sabar jalankan tjawab ini, untng ibu suri punya hubby spt saudara...
alhamdulillah...

saya juga punya ibu yg sakit buah pinggang dan kena cuci hemoD kini
kami 10 org adik beradik yg gilir2 hantar dan jaga ketika dia cuci 3 hari seminggu di hospital

emosi org sakit ni lain, mudah terasa dan sensitif. kena faham..

semoga saudara sentiasa dirahmati allah swt sekeluarga, amin

hentian berkata...

betul tu. emosi depa ni amat perasa. kekadang susah nak jangka...

BLOGGERS JIM PENANG berkata...

tabah n sabar le IM. Nak buat macam mana. Rezeki ini Tuhan yang bagi kita...

Usahalah selagi terdaya. Banyak pahala tu jaga isteri sakit ni..

Hari ini hari dia. Entah esok hari kita pula. Tapi harap-harap, sakit kita tidak menyusahkan orang lain, ya...

siti murni berkata...

Salam IM..
keikhlasan IM menjaga cukup2 menyentuh hati..terharu saya baca entry ni..harap IM & wife terus kuat & sabar menghadapi ujian Allah SWT.

hentian berkata...

tkasih atas sokongan dan dorongan antum!