Jumaat, 15 Julai 2011

Aduh!


Aku perasan berat badan ibu_suri bertambah. Setiap kali hendak bangun, dia akan ber-aduh! Bolehlah jika hendak disapukan minyak Kayu Putih di kawasan sakitnya itu akan tetapi terlebih baik ialah mengurangkan berat badan. Itu saranan doktor sebenarnya.

Namun untuk ibu_suri,  berusaha mengurangkan berat badan agak payah. Nasihat dari aku udah berbuih tapi banyak sangat etongnya mau makan itu dan ini pabila laparnya tiba

Orang seperti ibu_suri ini peliknya ialah akan makan banyak bila susah hati. Sebaliknya aku, tidak lalu makan jika  dalam keresahan.

Otak aku masih ligat mencari formula untuk menangani permasaalahan berat badan ibu_suri. Tak sanggup untuk mendengar aduh-nya itu saban kali.

9 ulasan:

kakcik berkata...

Kakcik juga akan makan banyak bila susah hati!

Kakzakie berkata...

Alahai IM kakak yg boleh berlari ni pun nak turunkan berat badan susah apalah lagi ibu_suri. Makan kan ke sedap susah nak kawal...:)

Macam ibu_suri kalau nak exercise mesti nak ada IM sama. Kakak rasa agak sulit juga kan...

MulutPayau berkata...

Mmng susah nak kurangkan berat badan...Dulu Mp pernah diet..hmpir sebulan tak jamah nasi...yg turun sikit jer...Mp pun sama, makan bnyak bila susah hati.....!!!!

insan_marhaen berkata...

kakcik,
tak boleh ubah ke sikit ni? heran juga IM nih!

kakZakie,
tu la... sejak akhir-akhir ni dia suka makan nasi lemak dengan teh tarik. semalam IM berkeras suruh dia minum air mineral je.

Mp,
IM boleh tak makan nasi 2-3 hari. tapi ibu_suri.... silap haribulan dia gerak IM dari tidur jan 2-3 pagi suruh cari nasi.

Mario berkata...

mmm...susah jugak kalu camni ek...

yusri berkata...

berapa beratnya tu insan marhaen?

insan_marhaen berkata...

Mario,
Susah suah pun kena fikir juga.

yusri,
Errr... rahsia..he..he..

NzA berkata...

yelah IM, kan ibu suri duduk je n dh xboleh aktif..sebab tu berat badan cepat naik.....

MaMa MoDeN berkata...

salam im,
MM pun akan lupa makan minum bula tgh susah hati, runsing... boleh berhari2 tak makan kalau jiwa tgh kacau

MM cadangkan cuba kurangkan makan waktu malam ibu_suri. I'Allah tak makan pd waktu malam akan dapat mengurangkan berat badan kita.. melalui pengalaman MM sekarang, Alhamdulillah ada kemajuan.. cuba yer im, jangan putus asa...