Ahad, 4 September 2011

Check Mate!


Membebel saja ibu_suri 2-3 hari ini bila saja tv mengiklankan tentang DS Najib Tun Razak yang akan mai ke SM Guar Perahu, tak jauh dari tempat aku ni. Kepeduliannya tentang iklim politik negara masih hangat.

"Tak apalah. Dia nak buat 'open house' berjumpa rakyat dia." ujarku mententeramkan suasana.

Huuu..uhhhh... ibu_suri menggerutu lagi. Faham benar sensitiviti ibu_suri terhadap apa saja program parti di sekitar tempat kami. Maklumlah, masa ibu_suri sihat dulu dia memang aktif dengan kerja-kerja NGO dan kepartian. Bukan front line la... cuma belakang tabir aje.

Aku dan Angah tertawa dengan gelagat ibu_suri. Contoh ini aku lantunkan kepada Angah sebagai iktibar.

"Kita ni kan Angah, kalau hidup terlalu memikirkan benda-benda remeh hingga seolah-olah macam itu satu masalah besar akan membuatkan kita mudah dapat sakit dan cepat nampak tua! Sepatutnya kita kena tenang. Take it simple. Janganlah terima sesuatu masalah itu macamlah dah tak ada jalan keluar....check mate terus!"

11 ulasan:

Kunang-Kunang berkata...

Salam IM,

Tak fikir susah jugak. Kena jugak fikir-fikirkan.

Itu Aku berkata...

Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

Itu Aku berkata...

salam IM
ibu suri p tak open house
kadang2 take it simple..
kdg2 pikir juga...
pikir2 byk2 pon cam nk terkeluar otak..heheh

Sri Mersing berkata...

Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

insan_marhaen berkata...

Kunang-Kunang,
Fikir itu kena fikir lah. tapi jangan jadikan ia sebagai satu bebanan yang maha berat.

IA,
Tu la... ibu_suri ajak pergi. tapi IM tak mau pi. IM boleh agak kesannya di belakang hari.

S..U..D..@..I..S berkata...

kena fikir positif dan negatif juga no!!! bg balance..

LadyBird berkata...

sukelah ayat ni :

"kalau hidup terlalu memikirkan benda-benda remeh hingga seolah-olah macam itu satu masalah besar akan membuatkan kita mudah dapat sakit dan cepat nampak tua! Sepatutnya kita kena tenang. Take it simple. Janganlah terima sesuatu masalah itu macamlah dah tak ada jalan keluar."

take it simple.. :)

MaMa MoDeN berkata...

salam IM
keadaan kita & ibu_suri tak sama IM...:)

insan_marhaen berkata...

sud@is,
Kena bijak berfikir sebenarnya. Dalam sesetengah keadaan kena fikir yang buruk dulu.

LadyBird,
jangan tak it terlalu simple dah la. Nanti makan diri pulak!

Mama Moden,
Pasal tak sama itulah IM denga sabar mejaga kebajikan ibu_suri. Tkasih atas dorongan yang selalu dari MM!

NzA berkata...

begitulah yg sepatutnya....

aku HIV positif berkata...

dulu2, saya selalu stress akibat slalu berfikir bahawa semuanya mesti mengikut yang sepatutnya. semuanya ikut 'manual'

sekarang saya lebih memahami bahawa Allah sentiasa menjadikan pelbagai karenah dan mehnah utk menguji kesabaran dan kebijaksanaan kita. hidup mesti realistik dan simple spt yang IM perkatakan.