Halaman

Selasa, 6 September 2011

Rahsia Umur 100 Tahun


Semasa menunggu waktu Zohor masuk di surau tempat kerja, aku membelek-belek akhbar Sinar Harian yang entah haribulan berapa. Seperti selalunya aku suka membaca akhbar dari muka surat belakang. Aku terbaca berita tentang lelaki Punjabi ini yang masih cergas bersukan walaupun umurnya mencecah 100 tahun.

Kata-katanya ini lebih menarik pemerhatianku:

"Tetapi bagi saya, perkara utama untuk mendapat kecergasaan ini adalah sentiasa gembira, lakukan kebajikan, jaga kesihatan dan berfikiran positif."

"Jika ada sesuatu yang anda tidak boleh ubah dalam hidup ini mengapa perlu bimbang mengenainya. Bersyukurlah dengan apa yang ada dan jauhi diri dari orang yang berfikiran negatif!"

Klik foto ini untuk view lebih besar
  

8 ulasan:

kakcik berkata...

Memang kalau boleh, kita sentiasa ingin positif tentang kehidupan...

NzA berkata...

sntiasa berfikiran positif dan berbaik sangka akan membuatkan kita hidup lebih tenang....

nyanyisunyi berkata...

kita kena bersyukur dgn apa yg kita ada...betul kan IM

hrusli61 berkata...

Semoga dapat kita amalkan bersama saranan baik ini.

Sulam dengan tingkatkan amalan ibadah kepada Allah.

MAri berpuasa 6.

Kamsiah berkata...

salam IM..jauhi diri dari org yg berfikiran negatif...akan cuba hehe...

insan_marhaen berkata...

kakcik,
bersikap positif akan menjadikan dunia kita cerah.

NzA,
hidup tenang akan mengurangkan kita dari hinggapan penyakit orang kaya.

nyanyisunyi,
betul tu kerana kita takkan dapat lebih dari apa yang Allah janjikan.

rusli,
IM dah selesai puasa 3. Esok masuk puasa 4.

Kamsiah,
kita sendiri jangan pula berfikiran negatif.

abu muaz berkata...

saya nak amal minum air halia ni

insan_marhaen berkata...

abu muaz,
jangan asyik keluar 'angin' dah la...