Halaman

Selasa, 11 Oktober 2011

3 Hari 2 malam

Esok adalah permulaaan untuk Akhmal menjalani tempoh jam program Khidmat Masyarakat mengikut perintah jatuh hukum yang diputuskan oleh mahkamah di sini. Program motivasi selama 3 hari 2 malam di Pulau Pangkor adalah program penilaian tahap sikap dan prestasi Akhmal. Selepas penilaian ini mudahlah untuk pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat meletakkan Akhmal seterusnya ke program khidmat masyarakat yang lain.

“Boleh ke Akhmal ni, ayah. Angah tengok penuh dengan ceramah je..”

“Lantak dia lah. Nak buat macam mana. Itu proses yang dia kena lalui. Kita kena beri kebolehpercayaan pada dia.” Jawabku tanpa mahu memberatkan fikiran sendiri dengan permasaalahan yang abstrak.

Walaupun sebenarnya semalam Akhmal dah dapat kerja dengan Pizza Hut di Kompleks Bukit Mertajam tapi aku nasihatkan dia supaya utamakan program ini dulu. Kerja boleh dicari lain.

“Kalau tidak, samada Akhmal akan dirujuk semula ke mahkamah kerana engkar perintah atau ayah yang masuk ‘dalam’,” ugutku dengan cara paling halus dan lembut.

Akhmal diam. Aku tahu dia sedikit kecewa tapi apa nak dikata. Itulah hakikatnya hukuman dari apa yang telah dia lakukan selama ini. Ini pun dah dikira hukuman paling ringan.

Kecewa Akhmal atau resah Angah; hati aku sebenarnya lebih renyuk dari hati kedua-dua mereka. Tapi setelah bertahun-tahun aku tempuhi pelbagai tribulasi dalam membesarkan anak-anak serta menjaga isteriku; hati dan jiwa ini rasanya sudah cukup teguh, jiwa ini sudah cukup cekal dan pasrahku pada Tuhan sudah cukup bulat.

Aku selalu katakan pada Akhmal… walaupun kamu anak angkat ayah, ayah jaga dan sayang kamu kekadang melebihi anak dari darah daging ayah sendiri.

Tak pasti samada dia faham atau tidak ketulusan hatiku ini!

18 ulasan:

Citarasa Rinduan berkata...

IM..............
semoga angah dapat berbakti pada masyarakat dan apa jua perbuatan lampaunya menjadi pengajaran buat beliau

(tiba2 hati ayu jadi sayu, namun bila dengar lagu ini.. timbul semangat didada kerana ayu tahu Im dan ibu suri selalu tabah menghadapinya)

Kakzakie berkata...

Selalu hati kakak meruntun sama atas apa yg terjadi IM. Kakak harap IM dapat baca N3 kakak lepas ini - Kektus, Ulat, Bunga dan Rama-rama. Kakak nak kita jadikan iktibar sebagai ayah-ibu tak semestinya doa kita akan terus diterima Allah. Tapi percayalah sampai masa doa kita akan Allah maqbulkan jua...

Ariff Budiman berkata...

Insyaallah perlahan-lahan Allah agar membayar segala pengorbanan IM. WN belajar dari semua ini. Berat tapi suatu hari kita dapat belajar daripadanya

insan_marhaen berkata...

CR,
Memang IM harap Akhmal ( bukan Angah ) akan kembali menjadi manusia yang berguna kepada masyarakat.

kakzakie,
insyaAllah, IM akan singgah baca.

Budiman,
Semua kita melalui fasa tarbiyah. cuma lorongnya mungkin tidak sama. namun, jika kita berlapang dada insyaAllah, tuhan sediakan hati yang tenteram buat kita.

aku HIV positif berkata...

t kasih atas perkongsian yang sungguh telus dan jujur. sesiapa sahaja perlu mengambil pengajaran daripada kesilapan.

S..U..D..@..I..S berkata...

cekal dan kebal juga tu IM satu kelebihan bukan pada kebanyakkan orang

MulutPayau berkata...

Betapa besarnya pengorbanan IM sbgai seorang ayah dan juga suami....Semoga Akhmal faham ketulusan hati ayahnya...

insan_marhaen berkata...

AHP,
IM selalu mengharap pembaca melihat kepada apa yang ditulis bukannya melihat kepada penulis.

sud@is,
semua orang akan mendapat itu semua jika mahu mempelajarinya.

Mp,
kebanyakan ayah rasanya begitu.

hrusli61 berkata...

Hukum yang mendidik itu yang terbaik.

Chik Att berkata...

tahniah IM .....
semoga akhmal .... menjadi anak yang baik ....dan soleh ...amennnn

NzA berkata...

semoga Akhmal akan brubah dan terus brubah kearah kebaikkan...amin.

MaMa MoDeN berkata...

salam IM
hukuman itu utk tujuan mdidik, smoga IM skluarga tabah...

Itu Aku berkata...

IM..bersabarlah dan tabah
insYAllah
semua ada hikmahnya
pastinya satu hari ketulusan tersebut dapat difahami

insan_marhaen berkata...

hrusli61,
sebab itu akhirnya IM mengambil risiko khidmat masyarakat berbanding penjara.

chik att,
tk kerana komen tulisan IM. dan juga kerana berdoa untuk anak IM.

sat singgah blog anda!

NzA,
tk kerana doakan untuk akhmal.

MM,
begitulah juga harapan IM.

itu aku,
insyaAllah, IM akan tabah hadapi semua ini.

LadyBird berkata...

semoga Akhmal sabar dan tabah melaluinya..

insan_marhaen berkata...

LadyBird,
Harapnya gitulah!

Mario berkata...

harap bro IM terus tabah...dan akhhmal pun masih muda tu...rasanya akan berubah menjadi lbh baik...InsyaAllah..

insan_marhaen berkata...

mario,
begitulah doa IM. muga IM sempat melihat dia berubah ke arah manusia berguna sebelum IM menutup mata..