Khamis, 24 November 2011

Berfikir Dan Berdoa

Seluruh hari iniku di selubungi resah sebenarnya. Aku cuba mengekang ia dari mengganggu prestasi kerja dengan tidur sebentar di waktu rehat tengahari. 2 perkara yang berlaku sekaligus mengocak ketenangan.

Akhmal semalam telah ‘melarikan’ Kancil bersama kawannya entah kemana. Bijak sungguh dia mengesan kunci penduaku yang tersimpan dalam laci. Aku agak, jauh juga perjalanan mereka kerana tangki minyak hampir kering dengan kuantiti sebelum ini sekitar RM20.

Bukan main lagi ibu_suri mengadu padaku tiap saat. Aku hanya mendengar kerana tidak tahu nak berkata apa dan tidak mahu ianya menjadi lebih kusut.

“Itu Kancil I. Dia tak minta izin pun nak guna?” berkali-kali ibu_suri menggerutu.

Pagi ini pula aku di datangi emel dari seorang kawan. Soalnya; kenapa aku tidak dapat memahami hatinya? Aku pun tiba-tiba jadi pakum. Tak faham dan tidak tahu apa nak dijawap. Sekali lagi dia mengirim emel dan sekali lagi aku buntu.

“I respect you as a friend and try to be honest and be good to you. Up to you to judge me!”

Begitu saja yang mampu aku jawapkan kerana jika lebih dari itu aku bimbang akan tambah mengeruhkan suasana. Memang aku tahu, susah untuk mengekalkan persahabatan yang baik kerana sekira ianya retak, derainya bagai kaca. Sukar untuk dicantum balik.

Sepanjang hari ini kawanku itu tidak lagi ngobrol melalui emel seperti selalunya dan itu pertanda mungkin dia benar-benar tersinggung atau marah.


Dan aku? Berfikir dan berdoa sahaja sepanjang hari ini. Begitu lumrah laut. Bukan selalunya tenang… Aku tahu, faham dan cukup berpengalaman dengan hakikat itu!

7 ulasan:

Anonymous one berkata...

Semoga tabah.. AO pun kadang kala rasa sebegini.. adakalanya AO buntu sampai nak cakap apa atau nak mengharapkan apa pun AO tak tau.. blur.. namun jauh di sudut hati doa dan harapan tetap kepada Dia.

Ameen doa Pk IM

wallahualam.

Citarasa Rinduan berkata...

salam pagi penghulu hari buat IM..

semakin mengkagumi IM.....
bersabar IM, insyallah.....
orang yang sentiasa mengingati DIA adalah orang2 yang terpilih antara yang ada....

ibundo berkata...

anak-anak sering membuat hati ibu gundah gulana. aku selami hati ibu suri.
.
.
sudah lama tidak kemari.

kakcik berkata...

mengapalah anak2 enggan mengeti hati ibubapa mereka yang selalu mahukan yang terbaik buat diri mereka juga? :(

insan_marhaen berkata...

AO,
Ya.. doa IM panjang dan dalam terutama bila di sujud terakhir solat.

CR,
Ya.. IM tidak punya apa-apa melainkan sabar sahaja.

ibundo,
TK kerana ziarah IM walaupun setelah agak lama. Rasa sejuk dengan sentuhan ziarah.

kakcik,
begitulah agaknya ibubapa IM dulu memakan hati dengan kerenah anak-anaknya...

hrusli61 berkata...

Handle Akhmal dahulu baru rakan e-mel itu.

Selain nasihat ibubapa Akhmal perlu biah (suasana persekitran) yang baik dan rakan-rakan yang baik, IM cuba usahakanya.

Mungkin boleh consider Pusat Rawatan Al Barakah di Kota Kuala Muda.

zul permatang badak berkata...

perasaan....redakan perlahan-lahan.......
laut pun adakalanya tenang.....