Rabu, 21 Disember 2011

Ucapan Yang Patut Diucapkan



Dalam memikul tanggungjawap untuk melaksanakan sesuatu program hingga berjaya memang akan terpaksa berhadapan dengan pelbagai dugaan.

Itulah yang telah dan sedang aku alami. Program yang sedang aku rangka ini walaupun sebenarnya program kecil sahaja tetapi terpaksa berdepan dengan pelbagai kata yang jika nak diambil hati boleh merajuk panjang dibuatnya.

Manusia ini sebahagiannya memang berfe’el begitu. Bila tidak buat;  bertanya-tanya - kenapa tak dibuat. Bila rancang nak dibuat ditanya pula; kenapa tak dibedakkan tanggungjawap supaya nampak sebagai satu kerja jamaie. Namun bila hendak dibagi tugasan  berdasarkan pada kemahiran dan kemampuan, masing-masing menolak dengan pelbagai ketawadukkan. Maka terpaksalah diberi kepada orang yang tak berapa pandai tetapi sanggup memikul kerana tiada pilihan. Dan bila orang yang tak berapa pandai ini melaksanakan tindakan atau keputusan; hendaknya pula tindakan dan keputusan itu tidak memuaskan hati atau memang benar-benar silap, orang yang tak pandai itu di hujani dengan teguran dan perlian.

Jadi, aku yang melihat semua ini dari luar kotak; mengeleng kepala dan menarik nafas panjang. Dan kesemua apa yang aku perhatikan ini membuat aku berpendirian bahawa;

  1. Orang ang hebat ialah orang yang berani memikul tanggungjawap, melaksananya semampu boleh kemudian menyerahkan kepada Allah akan hasilnya.
  2. Orang yang hebat ialah orang yang tabah tanpa perlu melatah terhadap apa juga cabaran yang mendatanginya.
  3. Orang yang hebat ialah orang yang sanggup menerima kritikan dengan lapang dada, tidak mengganggap sipenegur sebagai musuh malah sebagai cermin kebaikan dan kritikan itu digunakan untuk memperbaiki mutu dirinya sendiri.
  4. Orang yang hebat ialah orang yang mahu memikul tanggungjawap semata-mata kerana Allah dikala orang lain beria-ia menolaknya  atas alasan yang menggambarkan ketawadukan mereka.
  5. Orang yang hebat ialah orang yang membuat kerja kerana Allah, mengharapkan keredaan Allah dan tidak berkecilhati walaupun usahanya tidak dihargai.

    Sepatutnya, orang seperti inilah yang patut kita berjabat tangan dan ucap JAZAKALLAH KHAIRAN KATHIRA!

10 ulasan:

kakcik berkata...

Ada juga orang yang tidak suka bila melihat orang lain lebih menonjol dari dirinya dalam sesuatu acara.

Werdah berkata...

Assalamu'alaikum IM

Ya, hidup itu indah jika semuanya kerana Allah.

[PCL] berkata...

ramai yg pandai komplen je tp bila suruh buat, tawu plak dia mengelak...penyakit tuh..

Jurnal Murahan berkata...

good post

Kunang-Kunang berkata...

Salam IM,

Biasanya begitulah. Bila diberi tanggungjawab, menolak. Tapi bila orang dah buat kerja, dikomen pulak.

Broken Heart berkata...

Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

LadyBird berkata...

cube sehabis baik tuk menjadi org yg HEBAT..

Deru Ombak berkata...

IM.. Pertama2nya saya sgt setuju dengan slogan "life is beautiful" dan keduanya saya juga dengan gembira hati akan berjabat tangan dengan mereka2 yang Ada criteria 1-5 itu. JAZAKALLAH KHAIRAN KATHIRA.

Tabiat Dan fe'el yang lain tu irrelevant...

Salam ziarah..

a.samad jaafar berkata...

yang paling banyak saya jumpa, yang banyak cakap tapi tak buat kerja.. ni jenis mangkuk ayun !

Anonymous one berkata...

terima kasih kerana bg nasihat yg baik dan berguna ini :)