Foto salin dari blog Ummi Hanie |
Alhamdulillah, Ayu selamat melahirkan seorang bayi perempuan jam 8 malam tadi. Putih kulitnya seperti Angah masa bayi dulu juga. Bibir tebal macam Angah juga.
Jenuh juga aku dan ibu_suri menemani Angah sedari petang. Sekarang baru balik ke rumah. Letih... bukan sangat kerana turun naik tangga tapi kerana letih duduk dan berdiri menunggu dan menunggu.
"Ketaq tangan Angah masa nak Azankan dia." cerita Angah.
"Baguslah kalau ada rasa ketaq. Itu tanda positif bahawa Angah mula dapat merasai rasa tanggungjawap sebagai bapa. Kalau tak ada rasa ketaq ni, ayah rasa ada masaalah jiwa!" ujarku meredakan perasaannya yang pasti berbaur.
"Ayah, sat lagi tolong tanam uri, ya!"
"Tak. Itu tanggungjawap Angah juga sebagai bapa. Ayah cuma akan tunjukkan saja."
"Bukan susah. Cuma bersihkan dengan asam jawa dan garam. Kemudian balutkan dengan kain putih. Korek tanah dalam sikit. Kalau boleh tanam kat pangkal pokok supaya tidak dilangkah oleh pelalu-lalang. Kemudian kambus. Tu jer..."
Aku teringat masa menanam uri Along dulu. Bapa mertua aku suruh carikan tempurung kelapa jantan dan paku.
"Takut nanti kalau tak buat, malam-malam 'abang'nya panggil."
Sebenarnya uri atau placenta hanyalah organ dalam rahim yang membekalkan oksijen dan makanan pada janin. Ia juga adalah tempat buangan bahan kumuhan dan toksid.
16 ulasan:
Thniah Angah dan Ayu
Tahniah IM dan ibusuri juga dah dapat cucu..pas ni rumah tak sunyi lagi
Tahniah IM dan ibu suri dapat cucu perempuan!..
Abangnya panggil? Abang yang mana ?
Salam IM..
Tahniah buat Angah Dan Ayu.. Alhamdulillah.
IM ngan ibu suri dah jadi Atok ngan Nenek.. Mesti terujakan..
Org dulu2 mmg banyak petua dalam bab tanam uri... Apapun tujuannya satu jerk, supaya uri ditanam dalam2 jangan sampai dikorek binatang.
Tahniah kepada IM & Ibu Suri kerana telah mendapat pangkat atuk. Nanti kalau tak ada org nak cukur rambut bagitau la dekat WN ya
syukur alhamdulillah...
tahniah juga kepada IM dah dapat gelaran kekal sebagai DATUK
Ya Allah, kurniakan kami keluarga dan zuriat yang menjadi penyejuk mata kepada kami dan semoga kami menjadi pemimpin kepada orang-orang yang bertaqwa
tahniah angah & ayu...bermula cabaran baru menjaga dan mendidik..
Tahniah.. bergelar datuk sekarang hihihi..
satu masa dulu ada anak dara sebelah rumah saya yg asyik tumpah darah..kononnya uri yg ditanam dulu di'langkah' akar pokok.. dulu saya percaya..dikenang semula, lucu plk rasanya..
Alhamdulilah... Ya Allah saya suka cara IM didik angah... patutlah angah bagus.. ayahnya tahu bagaimana mengajar menggunakan pancing bukan memberi ikan.
Semoga anak angah pun bagus didikanya seperti angah.. Good luck angah!.
tahniah atas kelahiran org baru ...
tahniah dah dpt title datuk..........
Tahniah Datuk IM!
Alhamsulillah dan tahniah buat angah n ayah dan jua buat IM dan ibu suri.
Semoga menjadi cucu yg solehah penyejuk hati dan insan yg bertaqwa insyaallah.Amin ya Rabb
tahniah.. dah dapat cucu.. skrg dh bergelar datuk.. :D
alhmdllha
tahniah IM ngn ibu suri dah nek pangkat :)
tahniah datuk :)
Catat Ulasan