Rabu, 14 Mac 2012

Bukan Selamanya Menungkat Langit

Hari-hari yang aku bilang ini sesekali kurasakan terlalu perlahan berlalu. Tapi kekadang pula aku merasakan ianya terlalu cepat meninggalkan aku dengan peristiwa yang berbagai warna dan rasa.

Mak
Di majlis walimah adikku Qida Ahad lalu memaparkan pertemuan bapa dan mak saudaraku yang kini sudah uzur. Saling berpelukan mereka dengan tangis mengenangkan kenyataan kini mereka yang sudah tidak bertenaga. Mak aku berkerusi roda. Abang kepada abahku mata sudah rabun benar. Berkali-kali dia bertanyakan aku ini siapa. Yang seorang lagi pula tercapik-capik langkahnya.

Inilah kitaran hidup yang mau tidak mahu akan kita lalui. Yang baru akan jadi lama. Yang cantik akan menjadi buruk. Yang segar akan bertukar layu. Usah dibangga dengan kehebatan yang ada pada diri kita sekarang ini kerana ia sebenarnya bukan milik mutlak kita. Hanya secara kebetulan Tuhan memberikannya kepada kita. Akan tiba satu hari nanti ianya akan hilang. Syukur dan tawaduklah.

Berkali-kali juga aku beritahu anak-anakku. Hormatilah saudara mara kita walaupun bagaimanapun keadaan mereka. Terimalah mereka seadanya! Kita bukan selamanya hidup menungkat langit.

Selagi masih ada usia dan nafas ini, gunakanlah sebaik untuk diri sendiri dan masyarakat. Jangan biarkan umur berlalu tanpa ada sedikit jasa kepada masyarakat. Jangan terlalu nafsi nafsi!

14 ulasan:

Kamsiah berkata...

salam
Nabi bersabda,semua penyakit ada penawarnya,kecuali penyakit tua dan mati...

al-lavendari berkata...

sangat bagus peringatan ini .. berjasalah setakat kemampuan kita. ada sikit beri sikit, ada banyak beri banyak.

hrusli61 berkata...

Laluan kita akan tetap sama cuma siapa yang akan melaluinya dahulu.

Juga bagaimana halnya laluan itu.

Semoga kita dizinkan dengan rahmatNya berteduh di pengakhiran yang sama tempat yang digelar JANNAH.

insan_marhaen berkata...

kamsiah,
ya... usaha dan berdoa adalah antara jalannya.

al-lavendari,
buat setakat mampu tapi dengan ikhlas dan bersungguh.

hrusli61,
ya.. mulakan hari ini kerana masa kita tidak tahu bila.

Dinar berkata...

IM, kitaran penghidupan banyak memberi pengajaran tentang kelemahan kita dan kehebatan Yang Maha Berkuasa.terima kasih dan teruskan berkongsi peringatan begini walaupun dalam nada bersahaja ia amat terkesan..moga kita sentiasa muhasabah diri dan mendapatkan ampunanNYA sebelum kita dipanggil pulang..

mama maman aka yana berkata...

hidup umpama roda.. :)

LadyBird berkata...

inilah kitaran hidup kiter..

insan_marhaen berkata...

dinar,
ya.. IM selalu muhasabah diri selepas solat terutama bila hati tidak tenang.

mama maman,
hidup juga umpama sampan di tengah laut. sering dipuput badai...

ladybird,
di akhirat juga yang kekal abadi.

Anonymous one berkata...

Nasihat yang baik IM, apa yang im sebut tu mak AO selalu sebut..

Anonymous one berkata...

Nasihat yang baik IM, apa yang im sebut tu mak AO selalu sebut..

aku HIV positif berkata...

dulu saya sukakan ungkapan yang IM kongsikan ini (Bukan Selamanya Menungkat Langit)

sekarang walaupun tidak sampai ke tahap mereka, saya bukan sekadar menyukainya tetapi menghayatinya. syukurlah atas segala didikanNya ini.

NzA berkata...

putaran hidup yang pasti semua insan di dunia ini akan lalui..putaran masa merubah segalanya dan suatu ketika nanti, kita juga akan berada ditempat mereka......itupun jika umur masih panjang.....

insan_marhaen berkata...

AO,
Itu juga perkataan yang selalu mak IM sebut dan perturunkan kepada anak-anak IM.

AHP,
Justeru itu juga IMcuba untuk tidak mensia-siakan masa yang ada kerna 'masa' kita tidak tahu bila.

NzA,
Rasanya, IM sedang berada di sebahagian tempat dimana mak IM pernah berada dulu.

Kunang-Kunang berkata...

Salam IM,

Begitulah putaran hidupkan. Tak ada yang kekal.