Ahad, 4 Mac 2012

CT...3

Jam 1 malam tadi CT dikejarkan ke hospital selepas dilihat muntah bila sebelum itu dirujuk ke klinik Joe Fernandez, Kulim.

Di hospital, doktor sarankan CT diwadkan. Tapi tanpa di duga CT tidak mahu. Puas aku, iparku Kak Ona dan birasku Mael memujuk. Akhirnya setelah dijanjikan bahawa buat malam ini CT tidak akan di cucuk untuk mendapat darah buat pemeriksaan, akhirnya dia setuju walaupun tampak berat.

Sekali lagi kak Ona mengorbankan masa dan tenaganya untuk menjaga CT.

Baru dapat sms tadi kak Ona minta aku beritahu abah CT supaya datang ziarah CT sebelum terlambat. CT malam tadi muntah hijau. Doktor bergegas membawanya untuk di scan.

Tuhan... kurniakan yang terbaik untuk CTku!

13 ulasan:

Deru Ombak berkata...

Salam IM..

Moga ct kembali pulih..hurmm..

kakcik berkata...

Didoakan segala yang terbaik buat CT.

Dinar berkata...

Amin...moga CT segera sihat.

Ariff Budiman berkata...

Salam
Semoga Allah berikan kemudahan kepada CT dan kesabaran kepada mereka yang menjaganya. Amin ya Allah

Ibu n Abah berkata...

Amin Ya Rabbal Alamin buat doa yang terbaik untuk CT..

NzA berkata...

Ya Allah, berikanlah CT peluang utk terus brada disisi org2 trsyg....berikan lah kesembuhan buat CT Ya Allah.....

Banyakkan berdoa untuk CT......

Itu Aku berkata...

salam IM
mendoakan semoga CT kembali sihat
amin

iBu...gUru berkata...

salam IM .......
moga CT dalam perliharaan NYA.

LadyBird berkata...

smg Alalh beri ketabahan untuk melalui ujian-Nya..

abu muaz berkata...

moga semua selamat dan dipermudahkan

Fuhpixel berkata...

semoga CT sihat.. kami yang melihat post ini akan doakan yang terbaik.. insyaallah

Wanpetunjuk berkata...

InsyaAllah bang. Moga CT sembuh dan baik2 sahaja. Moga Allah dan para malaikat sentiasa melindungi CT....

insan_marhaen berkata...

Terima kasih atas nasihat dan doa dari kalian semua!