Ahad, 25 Mac 2012

Jangan Cipta Masalah

Foto ini diambil semalam

Hari ini hampir jem jalan di Kampung Petani dekat Jirat Cina. Tak tahulah depa sembahyang apa. Agaknya sembahyang untuk roh keluarga mereka. Aku tidak memperlecehkan jem yang disebabkan oleh banyaknya kereta mereka parkir di kiri kanan jalan. Itu hal agama mereka; kita perlu hormati. Sabar dan bertolak ansur sahajalah. Bukan lama pun. Sehari dua ni saja.

"Aku tidak pernah menyembah apa yang kalian sembah. Dan kalian tidak pernah menyembah apa yang aku sembah. Untuk kalian agama kalian dan untukku agamaku." - Al Kafirun.

Aku pun sejak akhir-akhir ni suka keluar sedikit lewat dari selalu ke Tasik Mengkuang untuk riadah. Riadah di bawah panas matahari akan membuat peluh keluar cepat sikit. Dan kulit pun akan mendapat khasiat vitamin  D.

Sambil sabar menghadapi jem dan sesekali beri laluan pada pelintas jalan,  teringat pesan aku pada Angah semalam bahawa hidup ini jangan mencipta masaalah.

"Ibarat bara api. Jangan pi tiup dia supaya menyala dan boleh membakar. Kalau boleh ambil tuala basah dan tutup diatasnya supaya bara itu padam dengan sendirinya. Begitu juga kita dengan adik beradik. Jangan dikorek isu kecil dan besarkan dia hingga kecoh satu dunia. Sebaliknya kalau ada isu besar tu pun kita kecilkan dan biar ia padam dengan sendiri."

9 ulasan:

delarocha berkata...

yang penting tolak ansur.

jika kita mengurangkan beban org lain, maka Allah akan mengurangkan beban kita.

aznimatisa berkata...

Assalamualaikum IM,

Setuju sangat dengan pandangan yeop tentang falsafah api itu. Api ni berguna untuk kita terutama semasa memasak. Tetapi lihatlah jenis-jenis masakan tu sesuai dengan api yang bagaimana. Jika menggoreng, kenalah api yang kuat, jika tidak rosaklah masakan di makan minyak. Jika masakan lembut, direnih.. guna api pelan, sebabnya tidak boleh di paksa2 cara masak nya.

Begitulah ya IM, dalam hidup ni banyak falsafah yang boleh melegakan kehidupan kita yang menyesakkan. Usia2 seperti yong, yeop dan yang seangkatan kenalah pandai mencari penyelesaian pada pemasalahan. Dalam susah..dapat lagi kita menyelesaikan masalah orang yang lagi susah.

Ceria2 dari Kota Diraja.

Anonymous one berkata...

mcm ao dulu2 sokmo sk cr pasal, pantang ooooo org cr pasal mmg niat bls dendam tu ada, pegang pd prisip setiap perbuatan tu mest ada balasnya... cewah rs dr tu besar sgt dah time tuh... kini br mengerti erti kemaafan tu.. :(

hani@debumelukut berkata...

memberi peluang kepada minda buat keputusan bukan nya hati..sokong apa yg IM cakapkan tu.

Temuk berkata...

Tak mungkin kita mahu menandingi apa yang telah Allah nyatakan dalam surah al-kafirun itu. Dalam konteks masyarakat 1M kita, amat ngam sekali ajaran surah tersebut. Salam bahagia, IM.

hrusli61 berkata...

Yeop kita kena tolak-ansur selalu tetapi adakalanya kena ansur-tolak pula. Bubyi sama tetapi beza siapa mula dulu.

Juju berkata...

Assalam,
Saya suka baca blog IM. Sangat tenang dengan alunan lagu dan cerita yang banyak isi tersurat juga tersirat.

Deru Ombak berkata...

Salam IM..

Bakar arang sampai jadi bara...kalau di tiup mengeluarkan api semula.. Abeslaaa.. Hanget nanti semua yang sedang di panggang...(komen tak serius Kali ni) he he

mario berkata...

yela...klu dgn adik beradik mmg kena beralah...