Letih rasanya aku hari ini. Bertambah-tambah letih bila melihatkan mata Akhmal yang merah. Getusnya yang melenking buatkan ibu_suri bertanya; kenapa dengan dia tu? Aku cuma menjawap; biasalah dia. Sedangkan sebenarnya hati aku Tuhan saja yang tahu.
Tadi petang aku terima sms dari kakak ipar memberitahu bapa mertua ku diwadkan kerana paru-paru berair, jantung dan berkemungkinan kegagalan buah pinggang. Bapa mertuaku ini suka sangat minum air Coca Cola. Juga suka mengambil ubat dari kedai Cina bila sakit kaki atau sakit pinggang. Culas ke hospital.
Semalam pula aku mendapat sms dari kawan baikku minta aku lunaskan hutangku padanya. Bisnes pasar malamnya mutakhir ni slow. Hujung bulan ni roadtax kereta dan van mati. Tak tahu nak korek duit dari mana, katanya. Aku cuma berkata: insyaAllah, akan diusaha membayarnya.
Sekejap tadi Along menalipon aku tentang konvo KLMUnya pada 14 April ini di PICC. Aku ni dengar kata nak pi KL pun dah gayat apatah lagi nak kena pi Putra Jaya. Lagi kelam mataku. Duit tu. Ratus juga!
Aku hantar sms pada Angah dengan harapan akan ada sedikit respon yang boleh menyejukkan perasaanku tapi hampa. Agaknya Angah sibuk dengan kedai Nasi Ayamnya yang baru mula operasi hari ini di Ara Rendang. Aku sendiri tak tahu kedainya di mana. Keputusannya untuk berniaga ini dibuat agak mengejutkan!
10 ulasan:
Assalamualaikum...
Allahu Rabbi...moga sdra tabah menghadapi segala dugaan dan musibah..
salam IM..dugaan yg bertimpa2...kalau tak kuat semangat,mau melenting jawabnya...
salam...
ak tau nak ckpapa...harap bro terus bersabar
semoga kedai nasi ayam tu maju...mmg rasa leih yg amat bila fikir masalah2 ni kan....
Salam IM.. Anggaplah semua itu bukan musibah.. Tapi
Serpihan2 yang mesti dicantumkan. Agak payah!! Tapi mohon lah padaNYA.. InsyaAllah Akan terbuka jalan penyelesaiannya.. Hurmm..
ABD RAZAK,
tkasih atas doa. muga-muga diperkuatkan semangat ini.
kamsiah,
alhamdulillah. buat setakat ini ok. dah biasa tempuh semua ini.
guest,
terpulang pada kebijaksanaan Angah. muga-muga berjaya.
deru ombak,
ya lah... IM rasa ok. pasrah pada tuhan apa yang akan berlaku di masa hadapan.
Assalamu'alaikum IM
Semalam mendengar di tv alhijrah tentang ayat yang bermaksud:
Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,
(Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.
(Ash-Syar-h(Ash-Syar-h 94:5 - 6)
Kerana kata-kata di sana memberikan kita kekuatan bahawa bersama kesulitan sebenarnya ada kesemudahan.. didoakan agar dipermudahkan segala urusan.. amiin
adeih..saya membaca ni pun rasa sesak dan letih.. bersabarlah..tentu ada jalannya.. memang ada masa2nya kita lalui kesukaran sebegini..
moga baik2 juga akhirnya..
Take one day at a time..Tunggulah pelangi yg cantik kerana setiap kali selepas hujan ribut, Tuhan hadiahkan kita pelangi,insyaAllah. Byk bersabar ye dik.
werdah,
betul tu. selama ini pun IM dapat rasakan bahawa sabar itu adalah yang terbaik.
a samad jaafar,
ya.. IM yakin dan pasrah pada Tuhan.
hani,
IM memang amalkan konsep macam tu. take 1 problem a time!
Sdr insan marhaen,
Saya baru mengenali saudara. Saya suka istilah yg orang selalu sebut 'Jadilah Diri Sendiri' ada pada diri saudara.
Semoga Allah akan menunjukkan jalan keluar ke atas sedikit masalah yang saudara hadapi.
Catat Ulasan