Halaman

Rabu, 8 Ogos 2012

Dangai

sumber

Aku ternampak kuih dangai ini sewaktu lalu di kafetaria ketika balik kerja.

'Hmm... elok juga kalau beli kuih ini untuk berbuka puasa nanti. Tentu dapat mengimbas kembali kenangan lama ibu_suri', bisik hati kecilku.

Ketika azan Maghrib semakin hampir, bagai selalunya aku hidangkan juadah berbuka puasa di atas meja di depan ibu_suri.

"Jeng..jeng.. special for you. Cuba teka kuih apa!"

"Eh... ini kuih...errr.... apa dia ha?... I tahu kuih ni. Mak cik selalu buat untuk jualan. Kuih apa... alaaa.... kuih tuu...!"

Aku hanya tertawa membiarkan dia mencari jawapan sendiri. Doktor pernah beritahu aku dulu bahawa mereka yang pernah mengalami stroke akan kehilangan sebahagian dari daya ingatan dan juga akan sukar menuturkan apa yang dia katakan.

"Awak mesti latih isteri awak supaya boleh mengingat semula perkara-perkara atau perkataan-perkataan yang biasa dia sebut dahulu. Awak kena sabar mengajar sepertimana kita mengajar anak-anak kecil bercakap."

Dek kerana kasihan melihat ibu_suri terkial-kial cuba mengingatkan nama kuih ini maka aku pun menyebut:

"Dangai..."

"Haaa.........ya..ya.. kuih dangai. Laaa.... pelupa betul I ni!"

Dua ketul dangai yang aku beli tadi akhirnya hilang ke dalam mulut ibu_suri.

10 ulasan:

Anonymous one berkata...

suka sangat saya kuih ni.. abah saya selalu beli

Murni Alfathunnisa berkata...

Dangai ni favorite mak. Susah dah nak cari yang sedap.

mario berkata...

Serius,,,,,tk penah dengar nama kuih ni,,,, ini kuih tradisi penang eh,,,or kt belah selatan nama lain,,,,ntahla,,,tgk gmbr mcm tk jelas rupanya,,,mcm roti eh

Bearcat berkata...

Ni kuih kesukaan saya dari kecik lagi. Tiba-tiba teringat arwah ayah...

❤Kamsiah❤ berkata...

haha..saya selalu beli kat pasar malam..tp tak pernah tau rupanya kuih ni dipanggil dangai...dok panggil kuih kapit nyiuq bakaq...sedap masa masih panas2...

Juju berkata...

IM,
Sedap kuih ni tapi susah nak dpt skang

wifenavy berkata...

Sedapnya.. susah cari kat kl nih

nur berkata...

romantik gitu IM kan?. untung ibu suri.

LadyBird berkata...

adakah ingatan lady juga begitu ek? huhuhuhuhu

insan marhaen berkata...

ao,
IM sebenarnya tak berapa minat. sekadar ingin mengembalikan nostalgia ibu_suri jer..

murni,
bagi IM dangai yang ini kira sedap jugak.

juju,
kat penang ni memang ada banyak.

mario,
memang makanan utara. kat selatan tentu ada yang tersendiri.

bearcat,
yang trasdisional memang mengingatkan kita kepada orang tua.

kamsiah,
apa pun namanya, bila masuk perut .. selamat!

wife navy,
hik... kl bukan semuanya ada ka?

nur,
bila dah tua-tua gini baru teringat nak romantik. dulu... sibuk!

ladybird,
kena banyak makan kismis..