Halaman

Khamis, 9 Ogos 2012

Odit



Sebenarnya ini kali pertama aku menjadi auditor. Menjelang audit oleh SIRIM yang dijadualkan pada bulan 9  untuk akreditasi ISO9001/TS16949, aku perlu menyelesaikan pengoditan terhadap vendor-vendor yang berkaitan dengan perkakasan yang digunakan di tempat kerjaku.

Hari ini aku pergi untuk mengodit vendor ISO Dynamique dan GAOTEC bertempat di Sungai Ara, Pulau Pinang bersama dengan rakanku Mustadza yang sudah biasa dengan odit luaran. Aku perlu belajar dari pengalamannya.

Dan sesuatu yang aku pelajari ialah;

  • Bila pergi melawat pelanggan, kita perlu berpakaian kemas dan segak sedangkan aku hanya berselipar dan uniform aku adalah uniform lama yang lusuh.

  • Bila membuat odit kita perlu menonjolkan sikap yakin dan izzah sedangkan aku memang masih tergagap-gagap dan terpinga-pinga.

  • Sebelum mengodit kita perlu membuat studi terhadap apa yang kita nak odit dan apa yang perlu kita dapatkan daripadanya.

  • Bila odit kita perlu merasakan bahawa kita ini adalah pelanggan dia dan dia perlu melayani semua kehendak kita sesuai dengan slogan 'customer comes first'.

  • Bila odit kita perlu bersikap mesra dan tenang. 

  • Bila kita odit kita perlu banyak bertanya dan bersikap seperti banyak tahu berbanding aku yang lebih banyak diam kerana memang aku ini tak reti bercakap banyak.

Hari ini aku belajar sesuatu. Hari iniku rupanya lebih baik dari hari kelmarin. Dapat gaji nanti aku nak beli kasut kulit dan juga pencuci muka. Aku tenyeh muka aku supaya hilang bintik-bintik hitam sekaligus jadi putih melepak dan awet muda.

8 ulasan:

Bearcat berkata...

Baguslah tu IM, berubah ke arah yang positif.'

Dan...lelaki pun memang kena pakai pencuci muka tau, jangan tak tahu hehehe. Kalau tidak muka nampak macam tak mandi :-P

makchaq berkata...

Makchaq dulu auditor jugak, tapi la ni dah pencen..

Kena post gambaq baru ni IM, yg dah smart...he he

Makchaq pun sentiasa bersandal dan kami sekeluarga pun tak pakai pencuci muka...

kakcik berkata...

Bila ke tempat orang memang seharusnya kita berpakaian kemas dan bersikap yakin. :)

nur berkata...

IM, kena up sikit confidence spy org lebih respek..
jgn lupa beli fair n lovely sekali ye..

Anonymous one berkata...

:) :) :)

norh berkata...

Tak suka jadi auditor mahupun auditee tp terpaksa......hu hu

insan marhaen berkata...

bearcat,
tapi IM dah tua. tenyeh banyak mana pun lagu tu juga le..

mak chaq,
sebenarnya IM dulu kaki smart. entah kenapa sejak dah berusia ni suka simple jer..

kakcik,
sepatutnya gitu. dan juga bubuh minyak wangi kasturi biar semerbak.

nur,
ahaa... tadi ada tonton iklan fair n lovely. tapi untuk orang perempuan jer..

ao,
perli ya..

norh,
IM tak sabar nak pencen ni. letih kena odit selalu.

Ujang Kutik berkata...

Sdr IM,

Auditor berketrampilan dilihat serba tahu.Belajar yg kurang jelas secara diam-diam berpandukan info dari auditee.He..he