Sabtu, 11 Ogos 2012

Ramadhan Kali Ini

sumber

Raya lagi seminggu. Tapi masih lagi merasakan seperti lambat lagi. Pagi pergi kerja. Malam baru balik. Kalut-kalut cari juadah berbuka. Solat Terawih kemudian bawa ibu_suri jalan-jalan. Lewat malam baru balik.

Esok jam 5 pagi bangun untuk sediakan juadah sahur. Akhir-akhir ini menantu aku lambat bangun sahur. Bila dah siap semuanya baru aku kejutkan mereka. Aku faham, dia juga letih. Balik kerja jam 10 malam. Tak sepeti pekerja Kamdar lain yang balik jam 9.30, dia adalah orang terakhir yang keluar.

Kerja di ofis aku semakin banyak. Bulan 8 adalah bulan yang paling banyak menerima perkakasan untuk di kalibrasi. Bulan depan pula adalah musim odit SIRIM TS19649. Persediaan awal mesti bermula di bulan ini.

Akhmal juga sejak beransur baik dari kecederaan kaki, langkahnya mula panjang. Balik jauh malam. Entah kemana dia merayap dengan kengkawannya, aku pun tak tahu.

Ramadhan kali sebenarnya benar-benar mencabar kekuatan jiwa dan ketahanan mental aku. Tadi aku melampiaskan sedikit kemarahan dan kekecewaanku pada ibu_suri bila dia bersungut panjang kerana aku asyik pergi kerja saja walaupun Sabtu dan Ahad sepatutnya aku membawa dia berjalan-jalan.

Esok aku perlu pergi kerja untuk menyiapkan schedule dan laporan odit. Tapi esok juga ibu_suri seperti mengugut aku membawanya ke Sungai Petani untuk mencari kuih raya di kedai Fatimah Bakery kegemarannya itu.

Uffffsssss........ Macam tak ada keberkatan jer Ramadhan aku tahun ini!...

9 ulasan:

kakcik berkata...

Allah tahu apa yang IM lakukan...

LadyBird berkata...

kdg2 ibu suri perlu belajar tuk memahami.. xboleh ke uncle cube tidak kotakan permintaan dia, kalau sentiasa kotakan lady rs nanti menjadi semakin x faham..

makchaq berkata...

Makchaq pun semenjak sebelum posa ni kena kerja 7 hari seminggu jugak (rasanya bulan 10 nanti baru selesai harapnya, ni baru habis kerja, tapi semalam ponteng, sebab nak jahit baju raya anak. Jangan esok kena panggil dengan boss sudah la..

ibu_suri jemu duduk rumah, nak jalan2. Makchaq pulak kalau boleh nak duduk rumah tak mau ke mana bila cuti..

IM, Ramadhan memang bulan berkat dan bulan rahmat.. InsyaAllah ada berkatnya..

Anonymous one berkata...

Jangan cakap macam itu IM.. insyallah semoga kita semua di beri pengampunan

Anonymous one berkata...

IM bukan perli la.. saya suka sikap positif IM yang kali pertama belum bersedia tapi untuk kali kedua dah bersedia.. biasalah manusia untuk kali pertama banyak yang tak tahu kan.. manusia biasa lah kalau kali pertama buat silap. :)

NoorVictory berkata...

Huhu~ insyaALLAH ada keberkatan. ALLAH knows what's in your heart. =)

Sabar ya.

Kan "Ketika Allah rindu pada hambanya, Allah akan mengirimkan sebuah hadiah istimewa melalui malaikat Jibril yang isinya adalah ujian. Dalam hadith qudsi Allah berfirman: “Pergilah pada hambaku lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya.” (HR. Thabrani dari Abu Umamah)"

Bertahan la IM! =)

Temuk berkata...

Insya-Allah yang ada dalam hati adalah niat + prasangka baik.

Insya-Allah ada rahmat + pengampunan-Nya, pun sesekali kita didapati lakukan "Non-Compliance" dalam odit oleh-Nya. Selamat menyambut hari raya. Maaf zahir batin.

Ibu n Abah berkata...

IM...
Tugas yg IM gandar bukan tugas mudah...
Ianya merupakan ibadah jua..
Nak masuk syurga ALLAH ada berbagai2 pintu...
Semuga IM tidakrasa apa yg IM lakukan ini sia2...

insan marhaen berkata...

kakcik,
benar. Allah knows all.

ladybird,
memand ada kala IM berkeras dengan prinsip IM. Tapi IM buat secara lembut.

mak chaq,
IM tahu ibu_suri boring. sebab itu mahu tidak mahu, IM cuba bawa dia berjalan-jalan.

ao,
muga Allah ampunkan IM...

noorvictory,
sejuk hati IM membaca hadis itu.

temuk,
selalu sangat berlaku non-comliance boleh dapat CAR.

ibu n abah,
memang bukan mudah dan ringan.