Ahad, 23 September 2012

Tanah Mak


Facebook
Masih sakit kepala dan terasa seram sejuk. Selepas kemas dapur, bawa ibu_suri jalan-jalan. Tak boleh tunjuk sangat tidak sihatnya aku ini pada dia. Nanti dia paksa aku ambil m/c esok. Aku mana reti bab ambil m/c kecuali kalau benar-benar tidak sihat dan doktor yang beri. Rasanya, tahun ini rekod m/c aku masih bersih.

Lusa akan ambil mak di Ipoh dan bawa dia ke Slim River untuk uruskan hal tanah yang telah dipajak untuk projek penanaman kepala sawit. Aku selalu peringat mak supaya sementara hayat mak masih ada, semua tanah mak yang ada entah di hutan dan bukit mana di Slim itu dijual dan hasilnya mak buatlah amal jariah sebagai bekalan di akhirat nanti.

"Kami adik beradik tak mahu sangat harta pesaka mak. Cukuplah dengan harta yang kami sendiri cari. Biarlah mak guna harta sepencarian mak dan abah dulu untuk akhirat mak dan abah." 

Begitu aku terangkan kepada ibu_suri semasa memandu tadi bila dia bertanyakan kenapa mak beria-ia peringat aku untuk ke pejabat tanah minggu depan.

Minggu depan juga aku perlu ke pejabat Ar Rahnu. Minggu depan juga aku perlu bawa ibu_suri menjalani sesi kaunseling tentang pemakanan. Minggu depan juga sepatutnya aku ziarah Akhmal di Sungai Petani. Minggu depan juga ada kenduri kahwin saudara kepada ibu_suri di Jubiee Home, Sungai Dua. Ha..ha..ha...

5 ulasan:

Norhaizan hakim berkata...

Wah..jadual IM ngalahkan menteri. Tak pelah IM. cuba jadulkan perkara2 tu mengikut kepentingan..semoga Allah memudahkan urusan saudara.

JR berkata...

Saya pun sama dgn IM.. tak suka harta ayah mak, cukuplah dgn apa yg ada atas hasil usaha kita sendiri, buat apa nak menempek dgn harta org tua? Sebab tu saya gugurkan nama saya dari senarai penerima harta pesaka org tua, adik abang kakak nak ambik, ambiklah....

makchaq berkata...

Mak makchaq pun tanah sekakngkang keranya diwakafkan ke baitulmal..
lebih senang macam tu rasanya..

insan marhaen berkata...

NH,
tak semua tugasan itu akan IM sempurnakan. buat mana yang terboleh saja.

JR,
lain macam aje bunyinya tu. tapi betul juga, kalau kita ambil sikap tidak kemaruk dengan harta pusaka, akan lebih tenteram hidup ini.

makchaq,
IM nantipun cuma ada tanah sekangkang kera pusaka untuk anak-anak. dah bagi siap-siap dah supaya pakat elok-elok untuk selesaikan nanti bila IM dan ibu_suri dah tiada.

Anonymous one berkata...

Semoga menjadi ibadah buat IM :) saya nak contohi IM..

Amin amin amin