Ini kambing, bukannya ayam. Foto ambil kat Pulau Songsong |
Aku ambil cuti 2 hari bermula hari ini. Tak tahu kenapa. Jadinya, ligat jugalah otak aku ni berfikir nak isi apa ke dalam cuti ini.
Kononnya ada banyak kerja nak buat. Hari ni rancang nak ambil ubat ibu_suri di Klinik Kubang Semang selepas riadah kat Tasik Mengkuang. Kemudian nak ambil baju ibu_suri dari kedai nyonya Penanti untuk alteration. Kemas rumah dan basuh bilik air. Malam nanti grup usrah ajak main bowling di Summit. Tak tahulah nak beritahu macamana kat ibu_suri nanti.
Esok nak hantar Kancil untuk baiki. Dah lama sangat aku biarkan kebocoran tangki minyak enjin. Selepas kemalangan dulu macam-macam masalah timbul kat Kancil aku ni. Nak selenggara elok-elok macam dulu pun dah jadi tawar hati. Tengahari, nak jenguk Akhmal di Sungai Petani. Raya kali ini beraya kat 'dalam'lah nampaknya dia.
Raya 1 aku di rumah. Seperti sebelum ini juga sebab anak-anak aku dah besar dan perlu rai mereka. Raya ke 2 baru balik kampung - Ipoh. Nampaknya, program Korban anjuran IKRAM di Ceruk Tok Kun kali ini, melepaslah aku.
Beriya ibu_suri nak bikin rendang ayam. Yang akan mengadap kuali tu, akulah, sapa lagi. Harap-harap gaji akan masuk sebelum Raya ni. Kalau tak, jadi macam ayam berak kapurlah aku.... terkedip-kedip kira petak siling rumah.
7 ulasan:
Selamat Hari Raya Aidil Adha IM ...
InsyaAllah saya balik Johor ada anak sedara kenduri kahwin
Selamat Hari Raya Aidil Adha bro,,,,
moga2 gaji dah kluar...hehe
Salam Eidul Adha. Raya pertama ni saya insyaallah balik kampung di SPU, cuma 10 km saja dari Penanti tu...
Salam Aidiladha..
Selamat hari raya aidiladha....
Selamat hari raya aidil adha untuk IM, ibu suri dan keluarga.
Mohon maaf atas apa jua kesalahan dan keterlanjuran kata..
It is actually a nice and helpful piece of info.
I am happy that you shared this useful info with us.
Please stay us up to date like this. Thank you for sharing.
Also visit my homepage :: Smith Mountain Lake
Catat Ulasan