Halaman

Ahad, 28 Oktober 2012

Libang Libu


Mungkin agaknya akibat memandu kereta yang lama semalam. Kemudian tidur lewat tetapi bangun awal untuk sembahyang Subuh.

Dan memaksa diri untuk beriadah di Tasik Mengkuang yang menyilai dek cahaya matahari pagi yang terik dan tajam menikam mata.

Badan aku terasa libang libu. Cuba tidur tapi tak cukup lena..

"Abang tak tahu pasal apa badan abang rasa satu macam..." keluhku pada ibu_suri. Namun ke dapur tetap juga. Menyediakan makanan buat ibu_suri dan anak-anak tetap jua kulakukan.

Along dan balik semula ke Gombak. Esok,  Angah dan Ayu akan memenuhi giliran untuk bermalam di rumah besan.

Tadi, aku baru saja vakum dan mop bilik ibu_suri. Aku acapkali menjaga kebersiahan bilik ini semata mau ibu_suri rasa selesa. KPI kebersihannya ialah yakin boleh sembahyang tanpa sejadah dilantai.

8 ulasan:

JR berkata...

Harap Allah sentiasa melindungi kita dan memberi kesihatan yg terbaik utk terus melindungi mereka yg kita sayangi...

Granny Hani berkata...

pertama kali dgr perkataan 'libang libu'

makchaq berkata...

One man show memang penat..
Semoga IM sentiasa diberikan kesihatan yang baik..

insan marhaen berkata...

JR,
Hari ini IM rasa ok. Memang sejak berumur ini, untuk recover dari keletihan memakan masa beberapa hari juga.

Granny Hani,
'libang libu' tu bahasa daerah (Perak) bermaksud kondisi jiwa/fizikal yang tak keruan.

makchaq,
memang penat hingga kekadang fikiran jadi tepu tak tahu nak buat apa.

Anonymous one berkata...

Semoga ibu suri selesa.. hehe :)

Ibu n Abah berkata...

Sama mcm cikgu hani..
1st time dgr.....
Bagus juga... Lama2 nanti pandai mcm2 ayat baru...

Bearcat berkata...

Libang libu...hehe.

Rajin betul IM ni. Semoga Allah sentiasa berikan kesihatan yang baik buat IM.

insan marhaen berkata...

AO,
itu memang IM punya sasaran. bila ibu_suri selesa, IM pun senang.

ibu n abah,
IM memang suka guna bahasa baru teristimewa bahasa daerah. Pada IM sepatutnya DBP berusaha menaiktaraf bahasa daerah untuk mengkayakan bahasa melayu; bukannya memelayukan bahasa penjajah!

bearcat,
libang libu tu kalau alih dalam bahasa penang macam ghaflah!