Rabu, 10 Oktober 2012

Fisherman

Sudah 2 minggu aku tidak menjenguk Akhmal di Penjara Sungai Petani. Bukan main lagi merengeknya ibu_suri yang amat rindu kepada Akhmal. Ok la... hujung minggu ni kita pi tengok dia, ujarku.


Batuk ibu_suri dah reda. Aku belikan dia Fisherman untuk dikemam bila saja tekak  terasa gatal.  Walaupun harganya agak mahal berbanding Strepsil atau Nano tapi ianya sugar free.

Aku pun tak tahu sebenarnya apa tindakan selanjutku terhadap kes Akhmal. Mungkin benar kata JH, dalam kes Akhmal ini tindakan aku lebih kepada by default. Sebenarnya fikiran aku pun dah buntu. Kerapnya Akhmal ini keluar masuk lokap buat aku seperti dah mangli. Samada biarkan dia di 'dalam' jika itu hukuman mandatorinya atau bebas dengan ikat jamin atau dengan pengawasan JKM bersama khidmat masyarakat; pada aku sama pro dan kontranya.

Ada juga terlintas di hatiku untuk membawa hal ini ke perbincangan bersama rakan usrah namun tak pasti sejauhmana kewajarannya.

Apapun, aku tidak putus-putus berdoa yang terbaik buat Akhmal. Dan ibu_suri pula yang tadinya ini mengadu sakit kepala pula buatkan aku berfikir bahawa sebenarnya aku mesti kuat dan teguh dalam memikul kesemua tanggungjawap ini. Bukan mudah sebenarnya menjaga 2 orang yang berlainan bentuk OKU ini. Pastinya, aku mesti menjaga diriku supaya nanti aku akan mampu menjaga mereka berdua.

Apapun, aku perlu tenang dan tabah dalam perjalanan hidup ini. Aku buat yang terdaya olehku. Aku adalah aku seadanya ini. Aku umpama Fisherman yang mungkin dihidupkan oleh Tuhan untuk merawati mereka selagi hayat ada!

7 ulasan:

Norhaizan hakim berkata...

Semoga saudara IM kuat semangat. Saya dapat rasakan betapa berat ujian Allah utk saudara sekeluarga.Kalau ada yg mamberikan pendapat apa tindakan yg harus saudara ambil,kajilah dulu buruk dan baiknya.

Kakcik Nur berkata...

Selagi kita tidak menolak pergantungan kepada Allah, InsyaAllah kekuatan itu sentiasa ada. :)

Ibu n Abah berkata...

Insya'ALLAH... IM kuat...
IM mampu menghadapinya...

pB berkata...

assalamualaikum



semoga kita semua tabah menghadapi semua dugaan yang mendatang

JR berkata...

Ketabahan itulah menjadi kita kuat. Ketabahan itulah pengukuh iman kita kpd Allah. Semoga Dia mempermudahkan segalanya...

makchaq berkata...

Semoga IM terus tabah... Semoga ibu_suri beroleh kesihatan, semoga Akhmal berubah dan semoga keluarga Im dipermudahkan urusan dan diimurahkan rezeki

Anonymous one berkata...

Semoga terus tabah buat IM.