Halaman

Rabu, 31 Oktober 2012

Kerenah

Mengantuk sebenarnya aku ini. Tapi bagai selalunya, bukan boleh tidur sesuka hati. Bising nanti ibu-suri. Dia masih tepat berada depan tv1, menonton cerita Hindustan. Ayu sedang memasak. Dan bila begini aku bolehlah rileks dari membawa bawa ibu_suri keluar bersiar-siar. Walaupun makan di jauh malam itu tidak bagus namun begitulah hakikat fenomena di rumahku ini.

Esok aku akan memandu sendiri ke tempat kerja. Aku ada dating dengan kawanku yang akan bersara kira-kira 2 minggu lagi. Susah juga aku dibuatnya. Tak dilayan nanti dikata aku ini sombong. Tapi jika orang lain nampak aku berduaan makan, tentu teruk aku kena gosip.

Apapun, cuma 2 minggu aje lagi. Lepas tu aku tak perlu resah melayan kerenah amoi ni. Sebenarnya antara kami tidaklah ada apa-apa. Dia adalah kawan yang paling awal aku kenal bila mula bekerja di sini. Kami kerap bekerjasama dalam membuat analisa mesin yang bermasaalah. Justeru, kekerapan bekerjasama itu membuatkan kami banyak mengetahui hal peribadi masing-masing dan saling nasihat menasihati.

Dia bersara tahun ini. Aku pula akan menyusuli persaraan ini 2.5 tahun lagi. Tanda-tanda majikanku akan mengimplimentasi umur persaraan 60 tahun belum ada riak positif. Agaknya majikan aku pun tak mahu menyara orang-orang tua yang dah mula sakit lutut dan mengah bila naik tangga.


Yang kerjanya sikit tapi sembang di kafetaria berjam-jam. Yang gajinya semakin tinggi tapi dah kurang produktiviti.

5 ulasan:

Ibu n Abah berkata...

Salam IM...
Bila tiba umur persaraan, tentu IM punya lebih masa lapang untuk melayani ibu suri anak-anak dan apa yg IM ingin lakukan sebelum ini.. Insya'ALLAH.

Anonymous one berkata...

besara umur 60 T_T

ahsfantasy24 berkata...

huhu.. nasib kita,
kena lanjut usia sara..
semoga dikuatkan, dan dipermudahkan urusan (:

JR berkata...

Kebanyakan kakitangan kerajaan yg saya kenal tak nak bersara hingga usia 60, sbb dgn sejarah penyakit yg ada mereka takut tak sempat solat 5 waktu di masjid selepas bersara...krn mereka terlebih dahulu disolatkan sebelum usia 60....

insan marhaen berkata...

ibu n abah,
jika bersara nanti IM mahu tumpukan pada kerja-kerja kemasyarakatan bersana NGO IKRAM dan menjaga ibu_suri sebaiknya.

AO,
kalau boleh nak bersara lagi awal. semasa badan masih sihat.

ahsfantasy24,
kondisi badan bukan alasannya. hati ini yang perlu mahu dan buat.

JR,
betul. IM pun dah letih buang masa drive berjam-jam untuk pergi dan balik kerja.