Khamis, 13 Disember 2012

Perlis

Asar di tangga sahaja.

Ingin bercerita sedikit tentang perjalanan aku ke Negeri Perlis bebaru ini. 

Bukan kali pertama aku ke sini, sebenanya. Adik aku - Mamat pernah belajar di UUM, Sintok.  Angah juga belajar di Sekolah Teknik, Kangar. Boleh dikata aku kerap berulang ke sini. Bagi aku, Perlis adalah sebuah negeri yang damai. Makanannya tak jauh beza dengan Pulau Pinang. 

Semasa aku di Arau ( sini ) aku sempat bersembahyang Asar di Masjid Arau. Senyum saja bilamana selesai sembahyang, imam tidak membacakan zikir dan doa seperti biasanya di Pulau Pinang. Makmum, masing-masing berdoa sendirian. Tahulah aku bahawa ini berkemungkinan bekas  pengaruh dari pentadbiran muftinya dulu - Dr MAZA.

Jalan raya tak sesibuk Pulau Pinang. Aku boleh buat pusingan 'u' tanpa perlu menunggu lama. Rakyatnya juga ramah dan baik. Setiap kali aku bertanya tentang arah jalan mereka memberi panduan dengan mesra. Bunyi hon kereta juga jarang kedengaran.

Kalau ikut kata adik aku, harga barangan juga murah. Mungkin sebabnya dekat dengan Thailand, jawapku.

Di Masjid Arau tadi tu, ibu_suri terpaksa bersembahyang di tangga kerana tidak mampu menaiki tingkat 2 yang dikhaskan untuk muslimah. Seorang anak kecil sekitar umur 8 tahun menyapa kami seperti juga dia telah menyapa orang lain di dalam masjid sebelum ini.

"Pak Cik dari mana?" Sambil menghulur tangan bersalam. Gayanya tampak sopan dan dewasa.

"Pulau Pinang!"

"Oooo...."

"Kamu duduk sini?"

"Tak. Saya mai dari Titi Besi." Teringat Jambatan Besi dalam lagu Apo Kono Eh Jang.

"Datang dengan apa?" Tanya ibu_suri. Aku lebih banyak diam.

"Naik geghek.." Hati aku tiba-tiba bagai digeletek. Segera terkenang pada kawan-kawan Kedahku semasa belajar di IKM dulu.

"Abang, nanti kita pi Perlis lagi, nak?" Tiba-tiba semalam ibu_suri menyuarakan keinginan itu, semalam.

"Huisshh... Asyik pi Perlis je. Tempat lain tak ada ke?"

"Habis... I ajak pi Langkawi you tak mau. Ajak pi Kelantan pun you tak mau."

Diam. Tapi di masa yang sama tidak menolak 100% cadangan itu. Cuma teringat mak. Bulan ni aku belum  ziarah dia lagi!

9 ulasan:

Anim2 berkata...

IM, take note yang Perlis tu lebih dekat dari Kelantan dan Langkawi (tambah masa tunggu dan perjalanan feri)...hee..

p/s lepas jengok bonda...sure dapat penyelesaiannya

NoorVictory berkata...

Lama tak jenguk sini.

IM apa khabar? Ibu_suri?

Wahh saya pun teringin nak ke Perlis. Sebelum habis study ingat nak round 1 malaysia. Heee

Pegi la jenguk mak IM. :)

❤Kamsiah❤ berkata...

Im pernah ke Wang Kelian...??

insan marhaen berkata...

anim,
Ya... Senang pergi dan senang cari lokasi kita nak pergi juga...

noorvictory,
Tak banyak tempat boleh pergi kat Perlis, agaknya. Nak pi Bukit Kayu Hitam pun tak jauh dah.

kamsiah,
Belum pernah pergi. Ada nampak papantanda Wang Kelian tu.

faizah berkata...

Owh.. mcm tu ye kat masjid di Perlis. :)

Jay Ar berkata...

IM: Cara solat di Perlis memang imam tak berdoa, jemaah sebaliknya yg berdoa sendiri2. Masa JR bertugas di Perlis dulu (selalu solat di Masjid Alwi, Kangar) masa mula solat berjemaah dgn mereka memang rasa pelik. Bukan itu saja, kalau Subuh Imam tak buat doa qunut. Mereka kata semua itu bidaah dan tak perlu dibuat.

Kalau solat sunat Tarawih pula semua masjid di Perlis cuma buat 8 rakaat, pernah masjid dekat sempadan Kedah buat 20 rakaat tapi mendapat amaran keras dari pihak berkuasa agama kerana kata mereka 20 rakaat adalah bidaah.

Bila ada kematian pula tak ada tahlil krn mereka kata ia bidaah. Begitu juga kenduri aruah juga tak ada juga krn ia bidaah.

Sebenarnya amalan agama di Perlis yg agak berbeza dgn tempat2 lain bukan kerana faktor Dr Maza, ia dah diamalkan sejak puluhan tahun sebelum Perang Dunia Kedua lagi. Ini kerana di Perlis mereka tak mengamalkan Mazhab Shafie, mereka menyatakan mereka mengikut ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah. Mereka di Perlis sebenarnya mengikut pendapat majoriti ulamak Sunnah yg empat, jika ada ajaran mazhab Shafie sama dgn 3 mazhab yg lain mereka ikut juga, tapi jika bertentangan dgn amalan mazhab lain seperti soal qunut dan tahlil mereka tak ikut kerana ia dikatakan bidaah.

Ini pengalaman saya selama 3 tahun bekerja di Pelis dan jika bersolat berjemaah di sana terpaksalah mengikut amalan orang-orang di sana...

Anonymous one berkata...

Datang la rumah AO, nanti AO bagi no talifon..rumah AO dekat kangar..dekat dengan hospital kangar..dekat dengan padang besar, wang kelian... Perlis tak banyak boleh lawat tapi boleh la nak datang bersenang-senang...bukan negeri pelancongan.

Datang la ajak ibu suri makan tengah hari sini hihi.

insan marhaen berkata...

faizah,
Gitulah kira-kira dari perspektif IM. Tapi penerangan dari JR seperti di atas menarik juga.

JR,
Memang begitu sepatutnya.

IM juga sejak mendapat tarbiah dari NGO JIM yang sekarang ini bergabung menjadi IKRAM ( kalau di Mesir di panggil Ikhwan Muslimin )amalan kami sebegitu.

Walau bagaimanapun, jika berada di dalam masyarakat banyak kita hormati amalan sebegitu yang kita kategorikan sebagai bid'ah hasanah ( bid'ah yang baik ).

AO,
Bagi IM, pelancungan bukannya melihat kemajuan material tetapi pelancungan ialah melihat adat budaya negri itu yang asli.

Anonymous one berkata...

Thank you IM, AO belajar sesuatu yang baru!