Halaman

Sabtu, 5 Januari 2013

Antara Radix dengan Hi-Goat

Udah beli baru aku perasan rupanya pencuci muka yang aku beli ini adalah antara yang tersenarai sebagai barangan yang wajib kita boikot. Keupayaan ingatan otak aku ni sekadar 4G je. Jadi, bukan semua produk kena boikot itu mampu aku ingat.


Puncanya, aku ingin mencari pencuci muka yang khas untuk lelaki serta mempunyai logo HALAL. Tak jumpa produk Muslim. Jadinya, pilih punya pilih aku ternampak pencuci muka jenama Garnier ini. Tak apalah, lain kali aku berbelian kat kedai Haalalan Toyyiban ajelah!

Dari dulu lagi sebenarnya ibu_suri menegur akan muka aku yang nampak berminyak. Aku tak pernah ambil kisah. Cuma kebelakangan ini saja; bila anak-anak sudah dewasa, aku mula memikirkan tentang penjagaan kesihatan luar dan dalam diri.  

Memanglah kalau nak bandingkan kulit aku dengan kulit ibu_suri persis antara kopi Radix dengan susu Hi-goat adanya. Ntah apalah istimewanya aku ni di mata ibu_suri hingga sanggup menerima aku sebagai suami, tak tahulah...

12 ulasan:

Kakcik Nur berkata...

Jodoh yang telah ditentukan oleh Allah SWT... :)

ibundo berkata...

salam IM. Otak manusia tak mampu nak mengingat semua. Itu yang kpah alami sekarang. Susah benar untuk tidak menjadi pelupa.

Norhaizan hakim berkata...

Sebab itu orang kata cinta itu buta! rupa yg menarik bukanlah faktor utama dalam mencari keserasian dlm rumahtangga...tapi Islam tetap mengatakan faktor 'sekufu' itu satu ciri yg diperhatikan ketika memilih pasangan.

❤Kamsiah❤ berkata...

kalau hati dah sayang...rpua paras bkn ukuran..

Ibu n Abah berkata...

IM..
Tanggungjawap terhadap ibu suri dan anak2 itulah satu2nya pergorbanan besar IM yg tak akan ada pd org lain...
Ibu suri mmg bijak memilih IM waktu mula dijodohkan dulu. Pilihan bijak......

Anonymous berkata...

Pak IM, saya dan suami pun mcm kopi dan susu. Mati hidup semula pun saya tetap memilih kopi saya tu. Dia sangat istimewa di mata dan di hati saya.

Jay Ar berkata...

JR tak pernah pakai pencuci muka, kalau pakai rasa mcm muka terbakar, tak selesa....

citarasa rinduan berkata...

ayu guna sufi jer.

harap kesannya nampak diwajah IM

Ps:
terkejut menerima kunjungan IM di tengahari sabtu. slalu IM bw mlm hari....hehee

makchaq berkata...

Makchaq pun macam tu jugak.. memory kecik, dah nak full pulak tu.. nak delete semua rasa sayang.. tu yang free space tak banyak..

makchaq ngan pakchaq sama warna jadi kami dua2 tak guna pencuci muka.. he he

ANIM berkata...

dulu suami saya juga diusik, dia kopi, saya susu. manis2 sitampuk manggis..walaupun (sambung sendiri..hahaha)

norh berkata...

kopi susu kan sedap :)

Kunang-Kunang berkata...

Salam IM,

Dalam menjaga kebajikan orang yang kita sayang, diri sendiri harus dimanjakan juga.

Rahmatnya ibu suri memilih IM sebagai suami yang dah boleh lihat hasilnya sekarang. Kasih sayang dan ambik berat itulah yang wanita perlukan sangat2.