Jumaat, 11 Januari 2013

Catatan Perjalanan Ke KL...1

Tak banyak perkara yang perlu aku siapkan. Ini bukannya kali pertama sebaliknya dah masuk kali ketiga.  Angah akan menghantar aku yang dijadualkan menaiki bas 1 pagi di Penang Sentral. Along akan menunggu aku di Pudu Sentral pada 6 paginya pula. Sesekali fikir, ada untungnya juga punyai satu anak di sini dan satu lagi di sana.


Khabarnya KL semakin sendat. Aku merasa beruntung kerana menjadi salah seorang di antara mereka. Doaku cuma satu - agar Allah tetapkan keikhlasan di dalam diri ini.

Di rumah, ibu_suri telah ada yang menjaga. Di sana, aku serahkan semuanya pada yang Esa!

6 ulasan:

Werdah berkata...

Assalamu'alaikum IM

Semoga dipermudahkan Allah segala urusan.

Ros Illiyyuun berkata...

Assalamualaikum

Tahniah atas semangat yang tinggi.Semoga Allah permudahkan segalanya...Allahu Akbar!!!

Kakcik Nur berkata...

Semoga semuanya dalam lindungan Dia Yang Maha Mengetahui...

ujang kutik berkata...

Saya malu dengar saudara.Namun,dalam saf yg sama.

Semoga tuan dilindungi Allah.

Jay Ar berkata...

Ramai rakan2 JR di Alor Setar pergi ke KL sejak semalam. JR tak ikut krn anak saudara nak dtg rumah. Tapi JR sentiasa mengikuti perkembangannya dlm internet dan SMS drpd kawan2 yg begitu bersemangat utk berjuang demi negara dan agama. Harap IM jaga diri kerana kawan beritau ramai yg menyamar sbg peserta utk mewujudkan provokasi...

Anonymous one berkata...

go go go IM