Khamis, 23 Mei 2013

Aktivisma Ini...

Jika ditanya apakah medan kecenderongan aku di dalam hidup; jawapannya ialah untuk aktif di dalam kegiatan kemasyarakatan.

Sebaik aku tiba di Pulau Pinang pada tahun 1982, bekerja di Hitachi Semiconductor (M) Bayan Lepas (kini dikenali sebagai Renesas), aku mula berjinak-jinak dengan kelas mingguan Dr Danial.

Kemudiannya aku berkenalan dengan usrah. Pada 1990, Jamaah Islah Malaysa (JIM) ditubuhkan dan aku melibatkan diri dengan unit Kelab Remaja sementara ibu_suri di Unit Kaunseling.

Bila JIM bergabung dengan beberapa NGO  lain untuk mengujudkan IKRAM, aku meneruskan aktivisma itu hingga kini.

Jika kalian tanya tentang impianku masa depan, jawapannya ialah... aku ingin terus berkecimpung dengan aktiviti kemasyarakatan bersama IKRAM.

Bila aku berbual dengan anak-anak muda, aku selalu berkata begini:



"Hidup ini terlalu rugi jika kita tidak melibatkan diri dengan aktiviti kemasyarakatan. Alangkah bahagianya jika di sepanjang kehidupan  kita ini, dapat kita isi dengan menolong orang lain!"

4 ulasan:

Jay Ar berkata...

Saya selalu teruja melihat mereka yg dpt mengabdi diri kpd kerja2 social walfare, sedang saya terlalu lemah utk benar2 melakukannya secara serius...

Anonymous One berkata...

Saya rasa saya faham maksud IM... bila kita dah niat yang tu.. yang tu lah yang kita nak buat.. semoga Allah permudahkan hasrat IM dan beroleh barakah

ANIM berkata...

Baru selesai tanyalah ustaz bersama dr.danial, antara yg sering saya ikuti ceramahnya. Saya suka bila dia sentuh bab al-quran,.

insan marhaen berkata...

JR,
Saya tak fikir tuan terlalu lemah kerana saya pernah berfikir begitu dulu.

Terlibat dengan NGO boleh saja dengan apa saja kebolehan yang kita ada.

AO,
Muga Allah makbulkan matinya IM nanti di dalam husnul khotimah...

ANIM,
DD banyak dipengaruhi oleh Ahmad Deedat, Maurice Bucaille dan banyak lagi...