Selasa, 21 Mei 2013

Blog TKM1

Aku telah diminta oleh ketua unit media PRU13 bagi DUN N36 - Pantai Jerejak supaya meneruskan usaha mengemaskini blog Hj Rashid Hasnon yang kini dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang selepas kejayaannya menewaskan calon BN dengan majoriti 5 ribu bebaru ini.

Merasa bangga juga tatkala menerima tugasan besar ini. Kekadang seperti bermimpi bilamana kawan yang dulu sesama aktif dalam NGO, kini menduduki tangga tertinggi dalam pentadbiran Negeri.

Hj Rashid - berbaju Melayu

Kalau dulu aku bekerja untuk memenangkan dia sebagai ADUN, sekarang ini aku perlu bekerja untuk memastikan dia dapat menjaga amanah yang rakyat pikulkan ke atas bahunya. 

Untuk menang mungkin mudah tetapi untuk menjaga kemenangan itu yang payah. Untungnya Pulau Pinang kali ini ialah kerana mendapat Timbalan Ketua Menteri yang memang mempunyai latar belakang apa yang kami istilahkan sebagai protaz ( profesional ustaz ). Beliau bukan saja pernah menjawat jawatan sebagai pengurus di Syarikat ASE Electronics malah pernah menjadi YDP IKRAM Pulau Pinang.

Beliau selalu menjadi imam, memberi kuliah Maghrib dan  juga peminat sukan bola sepak. Boleh ikuti sebahagian dari catatan dalam Harakah di sini.

Muga aku dapat memberi khidmat terbaik buat sahabatku ini yang kini aku pula merasa segan dan berasa rendah diri bila bertemu dengannya. Khidmat terbaik di belakang tabir...

5 ulasan:

Anonymous one berkata...

Good luck IM

Jay Ar berkata...

Sebagai rakyat yg berasal dari Penang JR bangga kerana mempunyai seorang TKM yg dpt menjadi imam solat dan memberi tazkirah. Seorang pemimpin Islam sepatutnya bukan saja sekadar menjadi ketua pentadbiran sebuah kerajaan tapi berupaya menjadi ketua di depan saf ketika mengadap Illahi. Teringat Pak Lah (juga org Penang) yg mula2 menjadi PM dulu pernah menjadi imam solat jemaah. Tapi malangnya tradisi murni itu tak diteruskannya secara berkala. Dan di zaman Najib.....

ANIM berkata...

All the best IM...

rinduan citarasa berkata...

tahniah u dato dan IM juga

wahhh! ayu pula y bangga

insan marhaen berkata...

AO,
Tengkiu..

JR,
Mari sama-sama berdoa muga PP terus maju dengan imarahnya masjid dan surau dengan aktiviti agama berbanding dulu yang ada surau dikunci dan imam di tukar jauh.

ANIM,
Tengkiu. IM rasa beruntung kerana menjadi rakyat PP sekarang.

CR,
Tengkiu atas tahniah. Muga negeri lain akan menjejaki langkah kerjaan PR di PP.