Khamis, 6 Jun 2013

Bergaya

"Kenapa abang tak mau pakai baju macam abang x?" tiba-tiba ibu_suri bersuara tatkala aku asyik melayari fb sementara menunggu Isyak masuk.

"Baju macam abang x?" Aku sedikit hairan. "Baju macam mana tu?" "

Ala... Baju kotak-kotak ke.  Baju belang-belang ke?"

"Baju yang abang pakai tu kenapa?"

"Baju abang tu kaler kosong je. Gelap-gelap pulak tu. Pakailah yang ceria-ceria sikit."

Jika bercakap tentang kegemaran antara aku dan ibu_suri memang kerapnya tak sama. Akulah yang banyak beralah kerana aku tak suka bertelagah.

Bab jumlah baju, seluar maupun kasut, memang tak punya kuantiti yang banyak. Kalau almari baju 2 pintu itu, aku ambil bahagian kiri yang sempit saja sementara ibu_suri akan ambil ruang kanan yang luas. Aku cuma menggantung beberapa helai kemeja, t-shirt dan baju Melayu.

Baju pula hampir semuanya warna gelap seperti hitam, biru tua atau kelabu. Tak tahu sebab apa. Pernah juga beli baju warna hijau muda atau merah tapi cuma seheai dua.

Masa remaja dulu aku suka baju kotak-kotak. Zaman baju jarang.. bak kata R Azmi.  Kemungkinan selepas ini aku akan beli kemeja kotak-kotak dan warna-warni. Aku ingin cuba ubah gaya hidup sekarang ini kepada yang lebih ceria.

"Jangan nanti you jeles pulak bila tengok abang bergaya satu macam je nanti...ya!" Ujar ku diringi tawa yang dibuat-buat...

5 ulasan:

ANIM berkata...

almari suami saya juga dipenuhi kemeja kosong tanpa corak. usia dah meningkat ni, nampak wajahnya tenang dengan corak sbegitu dibanding dengan berkotak dan berbelang..
tapi tak taulah kan, mata orang ni berbezakan, heee

Murni Alfathunnisa berkata...

perempuan memang akan gunakan space yg banyak untuk kain baju. itu normal..hehe.

insan marhaen berkata...

ANIM,
Ada orang senang dengan budaya yang ada malas nak tukar. Tapi IM sejak berusia ni terasa mau bertukar angin...

Murni Al..,
Bukan setakat kain baju; beg tangan, kasut, makeup, toys...

Unknown berkata...

kikikiki.
belilah IM. sesekali dressing u tatapan isteri. time kluar pakai jer baju kosong

Tanpa Nama berkata...

kita ada citarasa pilihan warna baju yang sama. lebih suka warna plain, tak mencucuk mata.

pasal corak pun lebih kurang sama. cuma ada dua helai baju kotak2 untuk ke pejabat, itu pun warna biru gelap dan satu tshirt merah baru beli kat bundle sebab tertarik dengan mesej kat tshirt tu.

pun pernah kena tegur dengan si dia...

(kat sini rupanya!)