Jumaat, 14 Jun 2013

Dunia Yang Asing... 2


"Maaf encik. Kami terpaksa ikat tangannya sebab dia cuba nak mencabut tiub dari  botol air di tangannya. Dia meronta nak balik." terang jururawat sebaik saja aku menghampiri katil.

"Awak kenal ini siapa?" tanya jururawat pada ibu_suri.

Bila ibu_suri menggeleng kepala tanda 'tak kenal' tiba-tiba aku terasa dunia ini terlalu sayu. 

"Ini suami awak..." terang jururawat lagi. Respon ibu_suri seperti orang yang sedang terpinga-pinga.

"I nak balik. Kenapa I ada di sini? I dah sihat. You bawa I balik!" sambil meronta minta dilepaskan ikatan.

Jantung aku bagai nak rak tatkala melihatkan gelagat ibu_suri begitu. Tak pernah seumur hidup aku melihat dia diikat bagai orang ganas. Tak pernah seumur hidup aku mendengar dia bercakap I You dengan aku. Aku persis orang binggung.

Cuba menalipon kakak ipar... adik ipar... mertua di Air Itam. Entah kenapa semuanya tidak mengangkat talipon. Aku menjadi seperti tak tahu nak buat apa.

Rontaan ibu_suri minta dilepaskan buat aku seperti hilang akal. Tak jauh dari katil ibu_suri ada wad kanak-kanak. Wad itu telah pun dikunci dan beberapa orang menjaga pintu luar dan dalam. Sepertilah ibu_suri ini seorang yang bahaya dan akan mencederakan mereka.

Tuhan... Aku semakin terasa sendirian dalam berfikir untuk berbuat sesuatu dengan pantas...

Nak talipon mak dikampung mengadu dan minta pandangan? Ntah...




Semua ciri catatan ini ada di sini.

2 ulasan:

Ros Illiyyuun berkata...

Bersabarlah IM, saya dapat rasa apa yang IM rasa sebab saya pernah melalui situasi yang sama walaupun keadaan dan masalah berbeza. Begitulah manusia, mereka tidak akan memahami orang lain jika mereka tidak menempuhi pengalaman dan keadaan yang sama.

Bunda_nora berkata...

Assalm..hati manusia x sama..