Beriya-iya ibu_suri minta aku belikan KFC untuk dimakan bersama Angah dan keluarga. Walaupun umat Islam disaran supaya boikot KFC namun bila ada maslahat yang tertentu aku terpaksa juga membeli.
Kata Angah KFC Padang lalang, Bukit Mertajam lebih sedap berbanding yang lain. Namun bagi aku sama je rasanya dengan lain KFC pun.
Aku minat perisa Korean tapi di situ perisa tersebut dah habis. Jadi, pesan KFC spicy pakej Family Combo A. Tak sangka, dapat payung panas percuma, satu.
"Encik nak yang mana? Ada 2 jenis." sambil menunjuk kepada poster yang terbentang di birai siling.
Aku ambil yang ada logo Superman. 'Sesuailah dengan aku yang dah tua ni..!' bisik hati kecil.
Meriah suasana makan malam kami dengan keletah cucuku - Marissa yang makannya sikit, buangnya lebih.
"Dia dah kenyang la tu." ujarku pada Ayu yang beriya-iya mengadun Marissa supaya tak mencamuk ruang makan. Segan agaknya dengan perangai Marissa yang sedikit nakal ini.
Aku tersilap kerana tidak meminta bahagian kepak. Akibatnya, kesemua potongan ayam dalam kotak adalah bahagian dada dan isi.
Aku cuma makan seketul sahaja sekadar mahu ambil hati ibu_suri dan anak menantu. Sebenarnya, aku sudah terlalu kenyang makan cucur dan kotiaw goreng yang aku beli di Pasar Tani otw baik kerja tadi. Ditambah pula dada dan isi bukanlah pilihan tekakku yang tidak berapa gemar makan ayam. Atau kalau pun mahu makan, lebih gemar bahagian kepak walaupun kawanku seorang jururawat pernah berpesan - jangan. Katanya; bahagian kepaklah suntikan hormon selalu dilakukan oleh penternak.
7 ulasan:
nak ikutkan, kepak la antara bahagian paling sedap. tapi macam biasa la, bahagian paling sedap tu la paling banyak `jangan'nya.
macam makan ikan jugak. tang sedap tu la ada pantangnya...
Suami kakcik kalau beli ayam KFC ni, dia suka bahagian paha. :)
oh,kepak... feveret anak saya. :o
assalam,
katanya.. orang cina paling suka makan kepak ayam..
biasanya kalau pakej Family, KFC taruk kepak celah2 dada ngan peha ayam tu..
agaknya staf KFC Padang Lalang murah hati tapi ada juga yang suka bahagian kepak je.
macam sorang kawan Bapak, setiap kali ke restoran nasi kandar, sanggup tak makan kalau ayam bahagian kepak dah abis..hehehe
last mkn aritu semasa blk dr pangkor.. cr kedai makan kat sungai besar semuanya tutup.. yg buka hanya kfc.. so mkn situ jew la.. hehe
smbotak,
sesekali makan 'yang sedap' tu takpa lah agaknya. kekadang yang tak sedap tu pun boleh bikin perut senak..
kak cik,
bahagian peha tu kalau makan nampak ada ekslusif sikit...
faizah,
maknya... feveret tang mana? kalau ibu_suri suka kat cinonggeng!
bunda,
tapi kata kawan Cina IM, makan kaki ayam bagus untuk mereka yang ada masaalah tangan menggeletar. betul ke?
aku bapak,
macam Angah, kalau makan mesti ada ayam. Jenuh larang supaya kurangkan tabat begitu.
tak mahu jadi macam kawan IM yang akhirnya di serang ghout dan doktor suruh berhenti sama sekali makan ayam.
mama maman,
IM sesekali makanlah KFC jika teringin sesangat dan ingin bersendirian cari ketenangan..
Catat Ulasan