Khamis, 4 Julai 2013

Antara 2 Kebersihan



Hari ini terasa lega sedikit jiwaku berada di ofis. Sudah mula mendapat rentak kerja yang tersusun dan terancang.

Seperti biasa, setelah membuka pintu ofis... setelah menekan punat penghawa dingin, aku mencapai tuala kecil dan membasahkannya di singki. Aku lap meja tulis, meja kerja dan atas kabinet. Itu adalah rutinku selang 2 hari sekali demi memastikan bilik aku sentiasa bersih, dilihat bersih dan berbau bersih.

Aku gantikan pewangi lama yang dah haus kepada pewangi baru. Mengeluarkan speaker yang aku bawa dari rumah untuk dipasang ke komputer atas meja tulisku. Dan bila aku memilih lagu dari senarai dalam hardisk dan memainkannya .... wow...!

Aku menulis senarai kerja yang aku sasarkan untuk diperbuat hari ini. Aku harap semua task yang telah aku senaraikan hari ini akan dapat aku selesaikan. Paling tidak pun, separuh darinya selesai, aku kira KPI aku tercapai. Setidak-tidaknya aku dapat ukur output kerjaku hari ini.

Memang kerap pelanggan aku yang datang berurusan dengan aku di ofis ini akan memuji akan kekemasan dan kebersihan bilik aku ini. Bagi aku ini tak mengherankan sebab bilik kecil memang mudah nak dijaga. Lagipun aku seorang saja yang ada di bilik ini.

Tapi sesekali bila aku memikirkan sebaliknya...

Rumah aku pun tak sebersih bilik aku ini. Justeru itu aku selalu rasa segan nak jemput kawan-kawan atau saudara mara datang rumah sebab keadaan rumahku yang semak dan semakin berdebu.

Alahai... Ramadhan semakin hampir. Ramai kawan-kawanku bercerita tentang kesibukan mereka melangir rumah. Aku cuma tekun menjaga kebersihan ofisku, keretaku dan bilik ibu_suri saja tetapi sebaliknya di ruang tamu, bilik air, dapur dan bilik-bilik lain. Bila anak sudah tak mandang, rumah kecil pun terasa luas dan tak mampu nak jaga semuanya. Aku kira, dalam konteks menjaga kebersihan secara syumul, aku masih gagal.

Waktu balik, aku tidak menutup punat penghawadingin seperti selalu kerana esok hari Jumaat. Hari yang istimewa  di antara hari-hari bekerja yang lain...

5 ulasan:

ANIM berkata...

boleh faham situasi IM..kesempatan masa menjadi penghalang, mungkin.
moga dipermudahkanNya..

ajax85 berkata...

moga permudahkan urusan.hehe

hrusli61 berkata...

Kira oklah itu IM. Aku ini pula nama aje ada anak dara di rumah tetapi macam tiadak ada. Hanya emak mereke aje yang selalu buat house keeping manaka aku pula kekadan. Mana tidaknya balik kerja terasa letih asyik nak rihat selallu.

Same le kite.

JR berkata...

Undang2 rumah JR ialah suami yg menjadi pengawas (juga pekerja) kebersihan. Yg lain kurang peduli, bila tetamu dtg kdg2 muka merah juga bila segalanya bertabur....

insan marhaen berkata...

anim,
IM relaks saja. nanti pelan-pelan IM kemaskan rumah IM ni.

man,
bak kata adik IM...

pelan-pelan kayuh, bro...

hrusli61,
kira IM ni logik jugalah rumah tak berjaga sebab semua anak IM ni lelaki.

jay ar,
IM buat selamba jer kalau tetiba tetamu datang. sorok hat kasar-kasar je.