Halaman

Sabtu, 13 Julai 2013

Jangan Pergi Terawih

Aku balik kampung semalam untuk merasai berbuka dan bersahur dengan mak. Itupun setelah aku pujuk ibu_suri dengan janji balik dari kampung nanti akan terus pula ke Taman Buah Pala; berbuka pula bersama mak dan abahnya.

Dan aku pula mematuhi syarat dari ibu_suri bahawa kalau ingin tidur di rumah mak di kampung, aku mesti selalu berada di sisinya. Jangan pergi berterawih di masjid. Cukup di rumah saja.

"Nanti susah I nak pi tandas kalau you tak ada." terangnya. Aku diam. Dalam hati aku berfikir:

'Antara ziarah mak dengan berterawih di masjid; ziarah mak lebih utama. Solat terawaih di masjid hanya sunat.'

"Okay!'" jawapku pendek.

Bila masuk saja ke kereta hendak bertolak, baru aku hantar sms pada adikku yang ditugaskan menjaga mak di kampung. Begitulah selalunya aku; tidak boleh berjanji akan ke sesuatu tempat melainkan setelah sahih ibu_suri bersedia ke sana.

Memang pun, semalam ibu_suri tidak henti-henti berulang ke bilik air. Dan aku seperti biasa akan terpaksa membantunya untuk menjaga dari tergelincir dan membasuh, mengelap mana yang patut. Menggerutu juga hati ini tapi aku tahu bahawa ini adalah tanggungjawapku, mahu tidak mahu.

Malam tadi juga ibu_suri lansung tidak dapat memicing mata. Musim tidak boleh tidur sepanjang malam sudah datang. Aku faham. 

Maka selepas saja habis sahur, selepas aku mengemas singki dan membersih lantai rumah mak, aku minta izin untuk balik semula ke Penang. Aku perlu bertindak bijaksana dan mendahulukan kepentingan ibu_suri pula setelah semalam ibu_suri bertolak ansur untuk tidur di rmah mak.

Sebelum balik, aku sempat upload  bacaan Quran dari qari Mekah yang ada dalam laptopku ke dalam pendrive untuk mak dengar selalu melalui radio mini mak. Radio mini itulah teman mak ketika mak hendak tidur malam sejak pemergian abah mengadap Ilahi.

Aku memandu balik ke Penang dari Ipoh dengan pemanduan yang santai kira-kira 80~90km/jam. Selama 4 jam memandu di lebuhraya baru sampai ke rumah. Mujurlah aku tidak mengantuk dan rasa seronok memandu tanpa tekanan hendak cepat sampai ke Penang.

Sekarang ini.... ibu_suri sedang tidur dengan nyenyak. Dari dengkurnya aku tahu, tidurnya adalah sempurna!

6 ulasan:

smbotak berkata...

Radio tu macam saya punya, boleh cucuk usb. Peneman waktu kerja tengah2 malam.

Temuk berkata...

Assalam, IM.

Semoga IM dan ibu-suri dapat menjalani puasa dengan baik dan berada di dalam keadaan sihat. Alhamdulillah, seronoklah dapat berbuka dan bersahur bersama ibu. Tentu ibu gembira. Syukur, bila di rumah sendiri ibu-suri pula dapat tidur dengan lebih selesa.

ujang kutik berkata...

Sdr IM,

1. Saudara dapat mengurus waktu kualiti dengan bijak.

2. Minta maaf, widget baharu IM ini (budak berketaya) menggganggu sedikit pembaca yang hendak akses blog saudara (bacaan terselindung & kalau silap click akan terjana widget). Namun, keadaan ini mungkin berlaku pada lap top saya sahaja.












Jay Ar berkata...

Selalu rasa terharu mengingatkan kisah pengorbanan seorang suami demi isteri tercinta. Semoga Allah permudahkan perjalanan Ramadhan IM dan ibu suri sepanjang tahun ini...

ANIM berkata...

IM..selamat menjalani ibadah Ramadan tahun ini dengan penuh keberkatan dan dikurniakan puasa mabrur.

insan marhaen berkata...

smbotak,
IM ingat nak belikan untuk ibu_suri juga. buat peneman dia bila tinggal seorang di rumah sementara IM pi kerja.

Temuk,
IM percaya mak IM gembira bila anak-anaknya datang menziarahi walaupun IM tidak nampak keceriaan itu di wajahnya. mak IM memang pandai menyorok perasaannya dari wajah agar tidak dapat dibaca oleh orang lain. Tapi IM tahu sebab dia ibu IM...

ujang kutik,
IM dah remove widget itu. memang IM pun boleh agak ianya mengganggu sesetengah pembaca IM yang pc-nya tak suite dengan sesetengah widget.

jay ar,
kekadang bila IM fikir-fikir, ada hikmahnya di sebalik semua ujian Tuhan ini terhadap IM. sesuatu hikmah yang orang lain tidak dapat.

anim,
selamat berpuasa yang mabrur juga buat enti...